BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

ini belog aku yang punye!! BEBELAN SI CANTIK SALLY.PLS LIKE ye

sila tiNggalKan jejak koraNg & follow aQ suPaya MudaH UntUk aQ FoLLow BloG koRAng yAW!!^^...aQ sI cANtIK SALLY!!THANK yOU!!!!! ^_^ then jangaN Lupe Kotak ShOuTbOx seBlaH kAnAn yEkkk...!!

rock GENGz

WELCoME To MY BLoG...aQ sI cANtIK SALLY!!THANK yOU!!!!! ^_^ SAYANG KORANG....JOM SINGGAH SELALU BERSAMA SENYUMAN YANG SPORTING..KOMEN2 LARH SEKEJAP..SEBAB KOMEN KORANG AMAT DIHARGAI..JOM PAKAT RAMAI2 LIKE ENTRY SALLY...PROMISE SALLY SINGGAH BELOG KORANG SELALU..MUAHHHH..THANKS..KORANG MEMANG SPORTING..ROCK..OKE THANKS FROM SI CANTIK SALLY..

JOM LIKE BLOG SALLY.. I LIKE BLOG U PULAK.SILA TINGGAL JEJAK DI KOTAK CBOX.THANKS

Jumaat, 4 Februari 2011

Kahwin OH Kahwin


Arini aQ ingin buat entry tentang persiapan untuk korang yang mungkin akan menuju ke gerbang perkahwinan.Sudahkah korang merancang perkara yang mesti dilakukan dan diselesaikan dalam proses perkahwinan korang? Berikut adalah serba sedikit panduan dan senarai semak untuk proses merisikmajlis pertunangan serta hari pernikahan.  

Merisik:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlu memastikan barang2 berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:

•       Cincin belah rotan. (cincin tanda)
•       Wang tanda (hantaran) * mengikut sesetengah adat, terpulang sama ada ingin di bawa bersama.
•       Baju sepasang atau kain ela.
•       Buah-buahan.
•       Kuih-muih.
•       Menentukan siapa yang akan menjadi wakil korang. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
•       Wakil pihak lelaki perlu bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya telah mempunyai teman atau tidak.
•       Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlu menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
•       Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
•       Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telah pun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
•       Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
•       Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.
   
Majlis Pertunangan:
Contoh Barang Hantaran
•       Cincin berlian.
•       Sirih junjung.
•       Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, set kain ela untuk persalinan nikah, buah-buahan, kasut, kek Tunang, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang korang rancangkan.
•       Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.


Malam Berinai:



•       Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan jari korang.
•       Jika ingin mengenakan henna, pastikan korang sudah menempah orang yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai korang.

Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, oleh itu perkara2 di bawah boleh dijadikan contoh dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan korang.

LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlu berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

•       Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
•       Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan korang.
•       Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang korang berkenan.
•       Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek/mak andam, koleksi pakaian  pengantin, bunga telur,kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet atau di Butik Pengantin.
•       Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan korang memilih pakaian yang bersesuaian)
•       Tempah jurusolek/mak andam untuk majlis perkahwinan korang.
•       Mencari rumah baru.Terpulang pada individu sama ada sewa,beli rumah atau menetap dirumah ibu bapa korang.
•       Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau  Swasta yang terdekat untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. 

Bagi pengantin lelaki:

•       Semak semula jumlah wang hantaran yang dipersetujui, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan korang) dan lain-lain hantaran.

LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

•       Perlu menghadiri Kursus Pra Perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau Swasta.
•       Menempah Tok Kadi untuk majlis pernikahan korang.
•       Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan korang.
•       Membeli cincin kahwin.
•       Tentukan sama ada pihak korang ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katering. Jika ingin menggunakan khidmat katering bincangkan menu hidangan untuk majlis korang serta harga pakej yang ditawarkan.
•       Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput.
•       Menempah satu Band Kahwin dan DJ (jika perlu)
•       Lakukan rawatan muka/facial, melulur badan dan rambut.
•       Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara) tentukan tempat dan budjet korang. Segerakan penempahan pakej bulan madu korang untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

•       Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
•       Mengesahkan tempahan pakej andaman dan katering termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
•       Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.(Jalani pemeriksaan HIV)
•       Rawatan intensif muka, badan dan rambut.

Bagi pengantin lelaki:

•       Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan korang.
•       Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

Bagi pengantin perempuan:

•       Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan korang.
•       Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah korang.Jika korang tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim dari Jabatan Agama Islam untuk menikahkan korang. 

DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

•       Membeli barang kemas.
•       Tentukan pengapit korang, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit korang.
•       Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang dijemput.
•       Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Agama Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan korang. 

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

•       Pastikan merujuk di Butik Andaman berkaitan pakaian pengantin korang sudah siap dan korang berpuashati.
•       Pastikan ada seseorang yang akan menguruskan dan menyelia barang2 korang semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Bagi pengantin perempuan:

•       Pilih gaya rambut yang korang ingini semasa majlis perkahwinan korang (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan korang bersesuaian).

TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

•       Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, menyiapkan sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•       Jika perlu ingatkan tetamu korang tentang majlis perkahwinan korang melalui telefon.
•       Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) dan minta mereka datang awal pada majlis perkahwinan korang nanti.
•       Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
•       Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
•       Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia korang.

Bagi pengantin lelaki:

•       Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan wakil tuan rumah pada majlis pernikahan.

Bagi pengantin perempuan:

•       Hubungi juruandam korang dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•       Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan korang. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)



Hari Pernikahan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

•       Pastikan korang membawa kad pengenalan, gambar dan sebarang dokumen yang berkaitan semasa majlis ijab dan kabul.(akad nikah)

Bagi pengantin lelaki:

•       Pastikan korang telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan korang.
•       Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.Atau korang boleh sediakan replika cek sahaja untuk  tujuan keselamatan.
•       Pastikan korang telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada Tok Kadi.
•       Cincin / gelang tangan / rantai.
•       Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•       Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
•       Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan korang.
•       Pastikan Tok Kadi yang akan menikahkan korang telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan korang. 
•       Pada malamnya, khasnya bagi pengantin perempuan majlis malam berinai akan diadakan.Bergantung pada pihak korang sama ada ingin mengadakan sesi bertukar set persalinan contohnya Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling,Kimono dan lain-lain.

Hari Perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

•       Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan korang lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
•       Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia korang.Cuba bertenang dan sentiasa senyum.
•       Pastikan majlis korang berjalan lancar seperti yang dirancang.

Bagi pengantin lelaki:

•       Pastikan korang datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
•       Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung.

Bagi pengantin perempuan:

•       Pastikan korang sudah bersiap dua jam lebih awal sebelum rombongan pengantin lelaki sampai ke rumah korang.

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:

•       Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua belah pihak.

Perlu diingat korang kena belajar untuk mengenali dan menerima segala baik buruk pasangan korang.Berusaha untuk bersabar dengan segala rintangan dialam selepas perkahwinan.


Berdoa bersama2 semoga hubungan korang bahagia hingga ke akhir hayat.Begitu juga dengan aQ...hhahaha..yang tidak lama lagi nak menuju ke gerbang pertunangan dan seterusnya ke alam perkahwinan.


Yeh!!Amin.

0 orang sokong Sally: