BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

ini belog aku yang punye!! BEBELAN SI CANTIK SALLY.PLS LIKE ye

sila tiNggalKan jejak koraNg & follow aQ suPaya MudaH UntUk aQ FoLLow BloG koRAng yAW!!^^...aQ sI cANtIK SALLY!!THANK yOU!!!!! ^_^ then jangaN Lupe Kotak ShOuTbOx seBlaH kAnAn yEkkk...!!

rock GENGz

WELCoME To MY BLoG...aQ sI cANtIK SALLY!!THANK yOU!!!!! ^_^ SAYANG KORANG....JOM SINGGAH SELALU BERSAMA SENYUMAN YANG SPORTING..KOMEN2 LARH SEKEJAP..SEBAB KOMEN KORANG AMAT DIHARGAI..JOM PAKAT RAMAI2 LIKE ENTRY SALLY...PROMISE SALLY SINGGAH BELOG KORANG SELALU..MUAHHHH..THANKS..KORANG MEMANG SPORTING..ROCK..OKE THANKS FROM SI CANTIK SALLY..

JOM LIKE BLOG SALLY.. I LIKE BLOG U PULAK.SILA TINGGAL JEJAK DI KOTAK CBOX.THANKS

Ahad, 8 Mei 2011

HARI IBU adalah HARAM!!!!?


Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai Tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.


thanks ngan info..then ak kredit pade madafakarr dan jugak mothersdaycentral.com...ape kate anda???
wallahualam..same2 renung2 an..

p/s: tak perlu  tunggu HARI IBU baru korang nak hargai IBU korang...

2 orang sokong Sally:

ziana berkata...

Alhamdulillah for the info. eventhough akak ni Ibu tapi tak pernah celebrate coz bagi akak sefamily hari Ibu adalah hari-hari. Betul tak??? Asalkan dr hari ke hari akak menjadi seorang ibu yg solehah dan cemerlanggggg111 Salam kenal

si cantik sally berkata...

ziana..betol2..saye ase ari2 adalah ari ibu kite..patot syg ibu bukan kne tggu setaon skali baru nk appriaciate ibu kite..kan..kan..thanks follow n komen..salam knal jugak..hehe