BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

ini belog aku yang punye!! BEBELAN SI CANTIK SALLY.PLS LIKE ye

sila tiNggalKan jejak koraNg & follow aQ suPaya MudaH UntUk aQ FoLLow BloG koRAng yAW!!^^...aQ sI cANtIK SALLY!!THANK yOU!!!!! ^_^ then jangaN Lupe Kotak ShOuTbOx seBlaH kAnAn yEkkk...!!

rock GENGz

WELCoME To MY BLoG...aQ sI cANtIK SALLY!!THANK yOU!!!!! ^_^ SAYANG KORANG....JOM SINGGAH SELALU BERSAMA SENYUMAN YANG SPORTING..KOMEN2 LARH SEKEJAP..SEBAB KOMEN KORANG AMAT DIHARGAI..JOM PAKAT RAMAI2 LIKE ENTRY SALLY...PROMISE SALLY SINGGAH BELOG KORANG SELALU..MUAHHHH..THANKS..KORANG MEMANG SPORTING..ROCK..OKE THANKS FROM SI CANTIK SALLY..

JOM LIKE BLOG SALLY.. I LIKE BLOG U PULAK.SILA TINGGAL JEJAK DI KOTAK CBOX.THANKS

Selasa, 24 Mei 2011

Manchester United Juara Liga Perdana Inggeris 2010/2011

Manchester United Juara Liga Perdana Inggeris 2010/2011
Manchester United membuktikan kehebatannya tersendiri apabila menjuarai Liga Perdana Inggeris dengan bergaya sekali pada musim ini apabila menewaskan Blackpool 4-2 pada perlawanan terakhir. Lebih manis lagi apabila Manchester United mendahului Liverpool dengan 19 kejuaraan liga, manakala Liverpool 18 kali menjuarai liga.
Dalam perlawanan terakhir menentang Blackpool, boleh dikatakan pengurus pasukan Machester United tidak menurunkan barisan terkuatnya. Ini mungkin kerana faktor untuk mengelakkan kecederaan bagi persediaan perlawanan seterusnya menentang Barcelona dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah pada 28 Mei 2011.
Boleh dikatakan pada perlawanan terakhir liga ini dikuasai oleh Machester United, jaringan awal pemain antarabangsa Korea Selatan iaitu Park Ji Sung adalah amat mudah sekali hasil kesilapan penjaga gol dan pemain pertahanan Blackpool. Tetapi ternyata Blackpool tidak patah semangat bagi mengelakkan mereka tersingkir dari liga perdana pada musim hadapan apabila berjaya menyamakan kedudukan hasil tendangan percuma Adam.
Kedudukan satu sama kekal sehingga ke wisel penamat babak pertama, Blackpool bermula baik pada babak kedua apabila mendahului Machester dengan 2-1. Apa yang  dapat dilihat, Machester United seolah-olah ingin memberikan kemenangan kepada Blackpool. Tetapi nyata sangkaan itu meleset, apabila selang beberapa minit kemudian Anderson berjaya menyamakan kedudukan kepada dua sama.
Lebih manis lagi buat Anderson apabila jaringan tersebut adalah jaringan pertamanya dalam perlawanan liga yang sudah berakhir. Tahniah buat Anderson, kemudian Manchester United berjaya mendahului dengan 3-2 hasil kesilapan pertahanan Blackpool apabila menampan masuk bola hantaran daripada Smalling ke gawang sendiri.
Manchester United melengkapkan kemenangan bergaya dengan menyumbat satu lagi gol hasil daripada jaringan penyerang veteran England iaitu Michel Owen. Boleh dikatakan perlawanan terakhir ini amat menarik oleh kerana Blackpool berhempas pulas untuk mengelakkan mereka daripada tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan.
Tahniah juga buat penjaga gol Manchester United, Edwin Van Der Sar yang tidak akan beraksi lagi pada musim hadapan. Jasamu tetap dikenang sebagai penjaga gol terbaik yang pernah Machester United miliki. Apa-apa pun semoga pasukan Machester United dapat meneruskan rentak kejuaraan pada perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah kelak.
Glory Glory Man United! Glory Glory Man United! yay.......

0 orang sokong Sally: