BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

ini belog aku yang punye!! BEBELAN SI CANTIK SALLY.PLS LIKE ye

sila tiNggalKan jejak koraNg & follow aQ suPaya MudaH UntUk aQ FoLLow BloG koRAng yAW!!^^...aQ sI cANtIK SALLY!!THANK yOU!!!!! ^_^ then jangaN Lupe Kotak ShOuTbOx seBlaH kAnAn yEkkk...!!

rock GENGz

WELCoME To MY BLoG...aQ sI cANtIK SALLY!!THANK yOU!!!!! ^_^ SAYANG KORANG....JOM SINGGAH SELALU BERSAMA SENYUMAN YANG SPORTING..KOMEN2 LARH SEKEJAP..SEBAB KOMEN KORANG AMAT DIHARGAI..JOM PAKAT RAMAI2 LIKE ENTRY SALLY...PROMISE SALLY SINGGAH BELOG KORANG SELALU..MUAHHHH..THANKS..KORANG MEMANG SPORTING..ROCK..OKE THANKS FROM SI CANTIK SALLY..

JOM LIKE BLOG SALLY.. I LIKE BLOG U PULAK.SILA TINGGAL JEJAK DI KOTAK CBOX.THANKS

Jumaat, 4 Februari 2011

Kahwin OH Kahwin


Arini aQ ingin buat entry tentang persiapan untuk korang yang mungkin akan menuju ke gerbang perkahwinan.Sudahkah korang merancang perkara yang mesti dilakukan dan diselesaikan dalam proses perkahwinan korang? Berikut adalah serba sedikit panduan dan senarai semak untuk proses merisikmajlis pertunangan serta hari pernikahan.  

Merisik:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlu memastikan barang2 berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:

•       Cincin belah rotan. (cincin tanda)
•       Wang tanda (hantaran) * mengikut sesetengah adat, terpulang sama ada ingin di bawa bersama.
•       Baju sepasang atau kain ela.
•       Buah-buahan.
•       Kuih-muih.
•       Menentukan siapa yang akan menjadi wakil korang. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
•       Wakil pihak lelaki perlu bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya telah mempunyai teman atau tidak.
•       Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlu menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
•       Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
•       Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telah pun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
•       Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
•       Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.
   
Majlis Pertunangan:
Contoh Barang Hantaran
•       Cincin berlian.
•       Sirih junjung.
•       Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, set kain ela untuk persalinan nikah, buah-buahan, kasut, kek Tunang, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang korang rancangkan.
•       Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.


Malam Berinai:



•       Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan jari korang.
•       Jika ingin mengenakan henna, pastikan korang sudah menempah orang yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai korang.

Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, oleh itu perkara2 di bawah boleh dijadikan contoh dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan korang.

LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlu berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

•       Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
•       Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan korang.
•       Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang korang berkenan.
•       Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek/mak andam, koleksi pakaian  pengantin, bunga telur,kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet atau di Butik Pengantin.
•       Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan korang memilih pakaian yang bersesuaian)
•       Tempah jurusolek/mak andam untuk majlis perkahwinan korang.
•       Mencari rumah baru.Terpulang pada individu sama ada sewa,beli rumah atau menetap dirumah ibu bapa korang.
•       Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau  Swasta yang terdekat untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. 

Bagi pengantin lelaki:

•       Semak semula jumlah wang hantaran yang dipersetujui, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan korang) dan lain-lain hantaran.

LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

•       Perlu menghadiri Kursus Pra Perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau Swasta.
•       Menempah Tok Kadi untuk majlis pernikahan korang.
•       Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan korang.
•       Membeli cincin kahwin.
•       Tentukan sama ada pihak korang ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katering. Jika ingin menggunakan khidmat katering bincangkan menu hidangan untuk majlis korang serta harga pakej yang ditawarkan.
•       Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput.
•       Menempah satu Band Kahwin dan DJ (jika perlu)
•       Lakukan rawatan muka/facial, melulur badan dan rambut.
•       Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara) tentukan tempat dan budjet korang. Segerakan penempahan pakej bulan madu korang untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

•       Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
•       Mengesahkan tempahan pakej andaman dan katering termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
•       Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.(Jalani pemeriksaan HIV)
•       Rawatan intensif muka, badan dan rambut.

Bagi pengantin lelaki:

•       Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan korang.
•       Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

Bagi pengantin perempuan:

•       Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan korang.
•       Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah korang.Jika korang tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim dari Jabatan Agama Islam untuk menikahkan korang. 

DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

•       Membeli barang kemas.
•       Tentukan pengapit korang, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit korang.
•       Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang dijemput.
•       Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Agama Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan korang. 

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

•       Pastikan merujuk di Butik Andaman berkaitan pakaian pengantin korang sudah siap dan korang berpuashati.
•       Pastikan ada seseorang yang akan menguruskan dan menyelia barang2 korang semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Bagi pengantin perempuan:

•       Pilih gaya rambut yang korang ingini semasa majlis perkahwinan korang (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan korang bersesuaian).

TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

•       Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, menyiapkan sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•       Jika perlu ingatkan tetamu korang tentang majlis perkahwinan korang melalui telefon.
•       Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) dan minta mereka datang awal pada majlis perkahwinan korang nanti.
•       Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
•       Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
•       Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia korang.

Bagi pengantin lelaki:

•       Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan wakil tuan rumah pada majlis pernikahan.

Bagi pengantin perempuan:

•       Hubungi juruandam korang dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•       Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan korang. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)



Hari Pernikahan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

•       Pastikan korang membawa kad pengenalan, gambar dan sebarang dokumen yang berkaitan semasa majlis ijab dan kabul.(akad nikah)

Bagi pengantin lelaki:

•       Pastikan korang telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan korang.
•       Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.Atau korang boleh sediakan replika cek sahaja untuk  tujuan keselamatan.
•       Pastikan korang telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada Tok Kadi.
•       Cincin / gelang tangan / rantai.
•       Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•       Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
•       Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan korang.
•       Pastikan Tok Kadi yang akan menikahkan korang telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan korang. 
•       Pada malamnya, khasnya bagi pengantin perempuan majlis malam berinai akan diadakan.Bergantung pada pihak korang sama ada ingin mengadakan sesi bertukar set persalinan contohnya Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling,Kimono dan lain-lain.

Hari Perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

•       Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan korang lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
•       Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia korang.Cuba bertenang dan sentiasa senyum.
•       Pastikan majlis korang berjalan lancar seperti yang dirancang.

Bagi pengantin lelaki:

•       Pastikan korang datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
•       Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung.

Bagi pengantin perempuan:

•       Pastikan korang sudah bersiap dua jam lebih awal sebelum rombongan pengantin lelaki sampai ke rumah korang.

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:

•       Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua belah pihak.

Perlu diingat korang kena belajar untuk mengenali dan menerima segala baik buruk pasangan korang.Berusaha untuk bersabar dengan segala rintangan dialam selepas perkahwinan.


Berdoa bersama2 semoga hubungan korang bahagia hingga ke akhir hayat.Begitu juga dengan aQ...hhahaha..yang tidak lama lagi nak menuju ke gerbang pertunangan dan seterusnya ke alam perkahwinan.


Yeh!!Amin.

Khamis, 3 Februari 2011

Katakan TAK NAK!!!

Katakan TAK NAK merokok!!ZIP...mulot korang!grr..






Disuatu petang..aQ terbaca 1 entry ni,siap ngan dialog agi tuh.tentang si minah perokok.membuat an aQ terkenang 1 peristiwa lucu sewaktu aQ sama2 melepak di satu tempat tuh..lebih kureng femes ar kat selangor ni.pada aQ agak lucu kot?ada di antara member2 aQ ni menyuarakan 1 pertanyaan tentang "adakah benar kalau si gadis hisap rokok pasal nak maintain kurus @ slim, Sejauh mana lak kebenarannya?" agak lucu jugak ar aQ nak menjawabnya.ngan slumber rock uh!aQ jawab.."korang nak jawapan Fakta or Auta?" x semena2 petang yang agak tenang menjadi huru-hara dek hilai tawa kami ni.aQ ngan slumber menambah agi kata2 aQ.."oi..aQ ada wat lawak ke korang ni!!"bentak ati aQ..kalau tepat sekalipun bermakna kurus itu adalah kesan sampingan dari merokok, ada jugak kebenaran tuh.kalau dah korang perokok tegar..selera korang agak2 betambah or berkurang erk?cari ar sendiri jawapan korang erk..terlalu banyak nikotin kot dalam badan..tapi nope kat kotak rokok tuh x pulak ditampal gambar gadis2 yang tip-top yang ramping dan yang slim.Musykil jugak korang an? Adakah diorang yang merokok ni just nak melaram?untuk menarik perhatian?Untuk menghalau nyamuk?atau menghalau lelaki dari menghampiri mereka? Jawapannya ada diluar sana....Hisaplah rokok selagi korang larat menghisap bila dah tak larat  dah tak bernyawa lagi barulah berenti ye..atau dah pokai poket korang tuh!Selamat hisap rokok walaupun rokok itu tak selamat.kalau nak tahu ada di antara member2 kami dah berjaya berhenti merokok..itu pun sebab dah pokai..dan ada jugak memang dah insaf!sebab x tahan nak melayan batuk yang semakin teruk..hilang kecun-nan diorang ni.bagus ar tahniah kerana sudi berhenti hisap rokok.ngeee!!



Bila si BF da sengkek duit rokok..



Sama jugak ar pada lelaki kat luar sana tuh..GF dok ari2 memarahi korang "mulot abang bau longkang!"..."baju abang bau kepam!".."gigi abang berkarat!" sudah2 ar berhenti saja hisap rokok..ada brader tuh x reti nak berhenti hisap rokok..sebab dah x boleh dipisah an agi..parah ni!!bila x berduit mula ar mencari si GF...tui!asal pas makan mula ar menggelupor nak mencari "tenaga"...kena pulak  
siap nak ke tandas..cuba2 ar bila ke tandas jangan bawak rokok..adakah korang ni x reti geli ke?siap bercampor aroma tut!tui!!perlu ke aQ cakap?haha'..sendri mao ingat sudah.rokok sudah naik harga pon still sudi membeli..cuba2 ar mencongak kalau 1 hari+1 kotak=rm10?30 hari,12 bulan,1 tahun??brape.. korang reti congak??so dah tertera akan kesan dan akibatnya kat kotak rokok tuh bawak2 ar berhenti merokok!

Ini contoh gambarajah kandungan dalam rokok yang slalu korang hisap!!nah!amik kao..best an??ngancam!!mavelosss!!gojesss!sesuai tok diet yang kurang sihat,haha'..lihat ar nama2 gelaran sudah cukop gah!nak menyebot pon terbelit lidah..!

"Rokok mengandungi lebih dari empat ribu toksik atau racun dan dua ribu diantaranya telah dinyatakan boleh memberikan kesan sangat tidak baik kepada kesihatan manusia. Kajian klinikal menemui diantara kandungan tersebut adalah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “bilik gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, serta masih banyak lagi. Dan kandungan pada rokok yang paling berbahaya adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida. Tar mengandungi kurang lebih empat puluh tiga bahan yang menjadi penyebab penyakit kanser atau yang disebut sebagai karsinogen. Kandungan nikotin dalam rokok yang menyebabkan ketagihan, oleh itu menyebabkan para perokok sangat susah untuk berhenti merokok. Nikotin juga boleh menyebabkan risiko penyakit jantung, 25 peratus daripada penghidap penyakit jantung disebabkan oleh kegiatan merokok."

"Berikut adalah antara bahaya rokok terhadap kesihatan manusia. Ini termasuklah,rokok dapat menyebabkan Kanser pundi kencing, Kanser perut, Kanser usus dan rahim , Kanser mulut, Kanser Esofagus, Kanser tekak, Kanser pankrias, Kanser payudara, Kanser paru-paru, Masalah Penyakit saluran pernafasan kronik, Strok, pereputan tulang atau yang dikenali sebagai osteoporosis, Penyakit jantung, Kemandulan, Putus haid awal, Melahirkan bayi yang cacat, Keguguran bayi pra matang, Bronkitis, Batuk, Penyakit ulser peptik, Emfisima, Otot lemah, Penyakit gusi,Kerosakan mata dan banyak lagi."







Teknik berhenti merokok


Tip Berhenti Merokok 12 M :

1. Melengah-lengahkan ~~ Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
2. Menarik nafas panjang ~~ Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
3. Minum air ~~ Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
4. Menyibukkan diri ~~ Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
5. Menjauhkan diri ~~ Daripada orang yang merokok
6. Mengelakkan diri ~~ Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
7. Mengunyah sesuatu ~~ Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
8. Membasuh tangan selalu
9. Mandi dengan kerap
10. Meregangkan otot ~~ Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
11. Meditasi
12. Memohon doa ~~ Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha

amin.


 psst!!psst~~selamat mencuba korang..

Bahana Syabu..or ice Baby

Ari ni aQ nak becerita sikit tang bahana layan syabu!ini tok korang yang x serik2 layan menda haram ni.aQ bukan ape aQ sian an korang toe.korang x fikir tok jangka masa panjang akan kesan dan akibatnya. bape kali cakap aQ dok nasihat korang x nak amik pusing nasihat yang bejela2 dok ceramah sampai buih air liur pon da siap tempias kat muka korang yang x serik toe.apa sangat ar korang layan menda2 camni..mungkin ada yang sedia maklom akan kesannya tapi dek kerana ikut sangat gelora ati korang hurm..ye ar orang tua2 kata "kalau terlajak kereta korang leh u-turn back!kalau da terlajak peel korang nak u-turn camna??"
Tok korang yang still amik menda ni tolong2 ar beringat erk..waktu muda memang ar daya ketahanan badan korang still OkE'..so,fikir ar jangka masa panjang senang creta bila korang da berusia..haha..sila amik perhatian ini ar akibat or kesan sampingan kalau korang suda ter-over dose!korang fikir ar sendiri..baik dan buruk nye oke' nah amik kao!sila baca hingga kepenghujungnya.orait da'...

Syabu atau nama saintifiknya methamphetamine hydrocloride merupakan satu lagi jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan.Ianya berbentuk kaca pecah dan kadang-kadang seperti tawas.Syabu juga dikenali dengan nama Ice.Kebanyakan dadah jenis methamphetamine termasuk syabu diproses secara haram di dalam clandestine laboratories oleh mereka yang tidak terlatih.Dari aspek perubatan, syabu didapati tidak mempunyai kegunaan perubatan.Cara guna dadah ini chasing the dragon tetapi biasanya ditagih dalam bilik atau menggunakan peralatan yang hampir menyerupai penghisap candu.Kualiti syabu boleh dikategorikan kepada 3 kategori.Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal diikuti dengan yang berwarna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa pahit.


Kesan Dan Bahaya Penggunaan:-

Mental dan emosi: Gila akibat halusinasi dan delusi sehingga mampu membunuh diri, gelisah, cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas. Pada dos yang tinggi menaikkan suhu badan kepada tahap membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnya maut.

Kepala: Mulut kering, berpeluh berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan sakit kepala, dopamine pada otak kurang aktif, urat saraf pada otak putus hingga menyebabkan strok atau lumpuh.

Fizikal: Pengguna tidak tidur selama tiga sehingga 15 hari, hilang selera makan dan berat badan menurun, berpeluh, pucat, pengabaian kesihatan diri, badan berbau, gigi kekuningan, berparut dan luka di badan. Kudis jelas kelihatan akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya. Kurang daya tahan melawan penyakit akibat pengabaian kesihatan. Lumpuh.

Saraf: Kerosakan pada sistem saraf dan otak boleh menyebabkan gejala seperti penyakit Parkinson (dengan gangguan pergerakan anggota badan) dan penyakit Alzheimer (dengan fungsi otak menjadi lemah dan nyanyuk).

Jantung dan salur darah: Kerosakan pada jantung akibat degupan kencang, tidak menentu dan tekanan darah meningkat hingga mengakibatkan sakit jantung dan maut. Saluran darah pecah akibat bahan kimia syabu menghakis dinding salur darah.

Perut dan sistem penghadaman: Mengalami gangguan saluran makanan dan kebuluran berlanjutan sebab tidak makan ketika pengambilan syabu; bahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan bahan lain menyebabkan gangguan kepada perut dan sistem penghadaman.

Sistem peranakan (wanita) Pengambilan syabu ketika mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran; bayi dilahirkan adalah kecil, terlalu aktif, mudah gelisah dan dikhuatiri mengalami masalah mental dan tumbesaran.

Sistem seksual: Sistem seksual terganggu.

psst..psst: banyak lagi cara kalau nak hilang an masalah toe...

Rabu, 2 Februari 2011

Im still nervous

uh!nervous ntah macam mane nak aQ luah da'..semakin ari semakin rase nervous ni mengganggu paleotak aQ yang sedia serabot!!mane taknye bulan ni komisen bulanan boss kata memang nak kene potong!waaa'...x aci ar!!sales kureng nak wat camne?adakah aQ yang patot dipersalah an erkkk???camne ni?wet poket aQ nanti sape nak cover camni?waaaa'..nak wat persiapan ari pertunangan aQ pon terpakse dibuat serba ringkas..adoiii!!x best ar camni..ish!semakin nervous sabar je ar..hope so nanti semuanya berjalan ngan lancar..barang2 ada ar jugak dah ku beli sikit2..huahua!cam x sabo jek semoga selesai ar cepat..mane x nye takot kang cukop bulan ade yang berpuasa sunat!tui!!!
psst!!wahai ati aQ yang degil..ingat jangan boros bebelanja nanti..oke'..ahaks..=D

Selasa, 1 Februari 2011

Step 1 : Already done!!

Salam petang sume.lame x menjengah blog aQ..
mane xnye itu ari ade orang dengki pegi tukar2 wayar wifi kat tempat keje aQ ni..cis!!damn it!brani kao ye.tui!!sei..ar lu der!..today,aQ nak begossip tentang event last week yang baru saja berlangsung ..kira ni 
Step 1!
so prasaan aQ sangat2 teruja dan bersyukur ar..pada Allah kerana sume nye berjalan ngan lancar.so event yang aQ maksud an toe adalah Step 1 dalam sesi adat melayu kitew ni.ape lagi kalau bukan MERISIK.haahaa..


Acara : Bertempat di rumah mak aQ
Waktu: 8.30pm-10.00pm
Tetamu: 6orang 
  
fuhhh!lega suda ati aQ yang nervous tempoh ari.mane xnye..aQ punya ar menggelabah mengalah an mak aQ..
adoi!lawak syial x leh aQ bayang an gelagat aQ waktu tuh..hahaha..bile aQ ingat an balik aQ leh gelak besa ar..waaaa'..malu pon ada..ape xnye mak aQ pesan bile dipanggil kuor konon nak menghidang juadah tetamu karang kene ar jadik gadis pingitan.ala..kira mak mertua tanye sepatah jawab ar sepatah..senyum kambing gitu.cis!nasib selepas selesai acara merisik tuh aQ xde ar melompat cam berok dapat bunga!ahaa..nak kene perli ngan mak aQ n abang aQ?tui!x pasal2 cari pasal..mao seisi rumah aQ ketawa terbahak2..

baru ar leh tidow ngan lena..dibuai mimpi indah..hehehe..tapi xde ar selena mane..ade agi Step 2!!iaitu BERTUNANG!!hehe..si baby semakin menyayangiku..ape xnye ala kira 50%-50% bakal jadi hak milik dia..
so pasni kene ar berubah sikit demi sikit..no more shoppinX!!no more travellinX!!so kene dok umah jek bak kate mak aQ.."darah manis"...x elok kerap bejumpa..^^