BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

ini belog aku yang punye!! BEBELAN SI CANTIK SALLY.PLS LIKE ye

sila tiNggalKan jejak koraNg & follow aQ suPaya MudaH UntUk aQ FoLLow BloG koRAng yAW!!^^...aQ sI cANtIK SALLY!!THANK yOU!!!!! ^_^ then jangaN Lupe Kotak ShOuTbOx seBlaH kAnAn yEkkk...!!

rock GENGz

WELCoME To MY BLoG...aQ sI cANtIK SALLY!!THANK yOU!!!!! ^_^ SAYANG KORANG....JOM SINGGAH SELALU BERSAMA SENYUMAN YANG SPORTING..KOMEN2 LARH SEKEJAP..SEBAB KOMEN KORANG AMAT DIHARGAI..JOM PAKAT RAMAI2 LIKE ENTRY SALLY...PROMISE SALLY SINGGAH BELOG KORANG SELALU..MUAHHHH..THANKS..KORANG MEMANG SPORTING..ROCK..OKE THANKS FROM SI CANTIK SALLY..

JOM LIKE BLOG SALLY.. I LIKE BLOG U PULAK.SILA TINGGAL JEJAK DI KOTAK CBOX.THANKS

Rabu, 25 Mei 2011

yeh!!cabaran tambah followers dan tingkatkan trafik blog



yeh!!cabaran tambah followers dan tingkatkan trafik blog

wow!terpanggil tuk sertai cabaran oleh en.blogger bernama sharifdez ..not bad ..memang amat menguja an kalau skali skala join menda ni. kira macam contest gak an ... memang kalau sebagai blogger baru atau korang panggil "newbie" ni cabaran amat ar tinggi.. macam aku larh.kira aku ni "newbie" yang konfom followers takde larh cecah ribu2..aduh..sebagai "newbie" kat sini memang kene rajin skit untuk tambah followers dan jugak kene ringan jari spend mase yang lebih untuk menjengah belog2 yang boleh dikata an agak senior. hehe.. bila nengok ja' jumlah followers memang ngancam.. ni sume berkat kerajinan seseorang blogger untuk bergelar femes. biasa larh macam aku jugak kene kerja keras untuk naik an trafik belog.. aku penah jugak dulu mencabar diri aku untuk mencari followers yang bahek ati ni.. hingga larh sekarang tak penah putus asa.. disamping kita dapat bertukar pendapat sambil2 berkenalan ngan senior blogger an. hahah.. tapi memang kadang kala aku ni kemut skit nak komen bukan sombong kadang aku ni tak cukop mase nak drop my comment..maklom larh pc ni aku guna mase keje larh..bukan kat umah..maklom larh orang takde lappy..hehe...segan plak nak ngaku..hehe..tapi aku akan cube bertungkus lumus untuk menjadi sorang blogger yang femes mmacam diorang tuh..hehe..asal kan rajin n peramah.. betol tak???
paling aku tak lupe pada tuan belog yang agak senior jugak larh.. paling suke terjah belog diorang ni..nak tahu,,..jom terjah belog ni..


kenape??sebab tuan belog ni gila2 macam aku jugak..cube korang tengok followers dua belog ni..fuhhh!!mengancam!!

okelah...aku nak sambong keje aku tuk cari followers yang bahek ati..bye2.

THE END!!!!

hye readers...tentang usia aku tak bohong... :)


yeh!tentang usia?sally tak pernah bohong...
kadang2 nek muak bila orang tak pecaya..kadang2 jugak aku nek bengang bile orang yang bawah usia aku memanggil aku "adik"??euwhhh...tercabar skit ati ni..perasan muda tak kot?tapi jujurnya aku lebih suke n bangga bila orang pecaya usia aku dah hampir genap 28tahun..hampir cecah 3series!!!omak kao...terkejut korang..hahahahaha...yeh!memang betol ni bukan cerita rekaan..hehe..ofkos korang tak pecaya kerana wajah aku skit pon tak menunjuk an usia sebenar..aha' ....nak wat camne erk???dah keturunan awet muda .. atau "baby face" ....hehe...alhamdulillah. munkin ade orang kata aku ni tak padan ngan usia sebenar..tapi berjiwa muda.. ade aku kisah?janji idop aku diisi ngan menda2 berfaedah...orang kata semakin kita berusia kena larh matang dan skarang kalau ikot an bawak2 larh kesedaran unuk tidak bersosial lebih... itu larh orang tua2 kata.. mase muda larh kalau nak nakal waktu itu larh.. bukan dah nak masok kubur mase tu jugak tak gheti2 bertaubat!!curang sane curang sini..tonggak sane sini..men judi..kaki gores..dan macam2 hal larh..ape kes????hargai kehidupan yang bahagia yang Allah bagi sekarang. wallahualam.

p/s:jiwa muda tapi patot2 jugak

5 perkara aku salute jika bos aku begini


cerita pasal bos???yeh!^^  kali ni aku nak bebel pasal bos.
owh! no..... no.......... no... bukan bos tempat aku keje skarang larh.
jangan salah bayang pulak.
tetibe dalam kebosanan ni aku teringat bos lama aku.memang aku salute jika bos begini..
cayalah!aku salute sangat2 jika bos dalam dunia ni macam bos lama aku.
dulu aku penah larh keje 1 tempat ni.tapi tak lama sebab aku ni dulu jenis cepat bosan. tak boleh keje 1 tempat dalam jangka yang lama.hehe.. 
aku tak kisah jika bos garang atau bengis tapi.....

aku salute jika bos aku begini :)

^Bos Bijak^^
jika staff wat silap, paling penting dia akan panggil staff dan masok office meleter cara baik.dan teguran tuh memang berasas.Leteran yang membuka minda. Wat staff bawahan rasa dihormati dan dihargai.

^^Bos Macam Kawan^^
 Waktu keje sama2 keje. Serius dalam melaksanakan tugas. Tapi dalam serius ada gurauan.
bila kat luar waktu keje misalnya waktu rehat / cuti ..boleh duduk semeja seumpama kawan. kadang2 tak lokek membelanja.

^^Bos Sporting^^
Jika staff ada wat silap dan terang2 memang silap staff, Bos tetap baking / bela dan jaga air muka staff. Dengan cara menutup kesilapan itu di khalayak dengan cara percakapan atau hujahan yang masuk akal.. tak salah pun jika Bos sanggup menutup silap staff. Asalkan kedua2 pihak sama2 mencapai kata sepakat dan takde larh wat situasi lagi tegang. Nama pun misunderstanding. still boleh diperbetulkan tak salah Bos mengalah dan settle situasi tu dengan penyelesaian yang mudah. Nama pun Bos so, pandai handle situasi memang aku salute sangat2..lagi tambah respect kat Bos tu.

^^Bos Kaki Lawak^^
suka begurau memang susah kita nak jumpa an.sentiasa senyum itu 1 bonus kriteria bos dikagumi. bak kata orang lama, MUKE LEGEND ATI KIUT!! bila dah buka mulut  amik kau lawak tak sudah rupenye.

^^Bos Rajin^^
suka bekerja selagi ada keje.tunjuk rajin depan staff.walau bukan keje dia tapi dia suke membantu keje staff.tak reti duduk diam.

haha...tapi sayang itu dulu. ade lagik ke Bos macam ni..???








Lappy ... Lappy ... kalau dah terkena sumpahan .. gini ler gayanye..


dapat bayang an jika ni muke korang??? gaya sorang yang gila tenet / INTERNET ADDICTION!!! sengal gila.. menyumpah pon iye.. agak2 larh kalau nak bertenet 24jam.. kalau mencari bahan yang munasabah yang berinformasi takpe jugak.. ni sebok game 24jam! ap ke benda ar.. sabau ja'... 

haha.. betul lah kata orang, kalau dah kemaruk atau dalam bahasa omputihnya ‘addict’ dengan satu benda atau perkara tu, memang kita akan sanggup buat apa saja asalkan kita berjaya memuaskan hati dan nafsu sendiri.
Bagi penggila internet misalnya, memang hidup akan jadi serba tak kena bila sehari tak dapat online. Ini kenyataan! Kadang-kadang tu sanggup perabis duit lepak kat CC semata-mata untuk melepaskan gian. Dan bila dah online tu pulak, nak makan pun boleh lupa dibuatnya even perut dah berkeroncong mintak diisi. 
keburukan intenet 'addict' juga kalau korang nak tahu.Boleh menyumbang kepada kecurangan dikalangan   
kapel atau hubungan rumahtangga. Percaya atau tak terpulang pada individu itu sendiri. Kadang kala semua itu terletak pada cara dan kejujuran masing2 dalam bertenet nak2 berborak dalam laman chat. 
Begitu juga dengan permainan online.Tak perlu dibahaskan.Sah2 bagi golongan penggemar online game memang sah2 tak lepas pandang tempat lain.Nak2 permainan poker! eee..aku bosan jika perkara tu terjadi pada aku. Memang kadang kala aku pun ada bermain game tu. Tapi percaya atau tak aku takdelah kemaruk sangat macam sesetengah orang tu. Anyway terpulang pada individu itu sendiri nak menghargai masa dan hubungan sekeliling. Ada sesetengah orang di luar sana sanggup tak keluar rumah semata2 menghadap lappy.
aha ' ye kan saja.kadang2 hidop kalau tak menghadap tenet rasa macam tak moden.itu kata teman aku larh.sengal kan?tapi kalau difikir2 an ada benar juga. Tapi beragak2 oke' .Pada Ibu2 bapak2 pun sama juga. Nak2 yang mempunyai gajet yang boleh tahan canggih an. Zaman sekarang apa pun boleh. Sampai lupa tanggong jawab. apa kes macam itu???? 
korang sendiri nilai an dan gunakan masa terluang korang sebaik2 nya. Jangan dah nanti terjadi yang tak baik baru nak menyesal. Aku yang hadap PC 10jam ni pun kadang2 naik menyumpah. Bosan kalau boleh nak saja aku keluar dari opis ni. Tapi oleh kerana aku dah takde kerja macam ni larh membebel sorang2. Yang penting akceli aku geram jika ada orang kata aku ni 'addict' ngan PC ni. Anyway aku 'addict' pun bila kerja aku dah settle oke'.. 
Argh..nasib badan.....





Selasa, 24 Mei 2011

Manchester United Juara Liga Perdana Inggeris 2010/2011

Manchester United Juara Liga Perdana Inggeris 2010/2011
Manchester United membuktikan kehebatannya tersendiri apabila menjuarai Liga Perdana Inggeris dengan bergaya sekali pada musim ini apabila menewaskan Blackpool 4-2 pada perlawanan terakhir. Lebih manis lagi apabila Manchester United mendahului Liverpool dengan 19 kejuaraan liga, manakala Liverpool 18 kali menjuarai liga.
Dalam perlawanan terakhir menentang Blackpool, boleh dikatakan pengurus pasukan Machester United tidak menurunkan barisan terkuatnya. Ini mungkin kerana faktor untuk mengelakkan kecederaan bagi persediaan perlawanan seterusnya menentang Barcelona dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah pada 28 Mei 2011.
Boleh dikatakan pada perlawanan terakhir liga ini dikuasai oleh Machester United, jaringan awal pemain antarabangsa Korea Selatan iaitu Park Ji Sung adalah amat mudah sekali hasil kesilapan penjaga gol dan pemain pertahanan Blackpool. Tetapi ternyata Blackpool tidak patah semangat bagi mengelakkan mereka tersingkir dari liga perdana pada musim hadapan apabila berjaya menyamakan kedudukan hasil tendangan percuma Adam.
Kedudukan satu sama kekal sehingga ke wisel penamat babak pertama, Blackpool bermula baik pada babak kedua apabila mendahului Machester dengan 2-1. Apa yang  dapat dilihat, Machester United seolah-olah ingin memberikan kemenangan kepada Blackpool. Tetapi nyata sangkaan itu meleset, apabila selang beberapa minit kemudian Anderson berjaya menyamakan kedudukan kepada dua sama.
Lebih manis lagi buat Anderson apabila jaringan tersebut adalah jaringan pertamanya dalam perlawanan liga yang sudah berakhir. Tahniah buat Anderson, kemudian Manchester United berjaya mendahului dengan 3-2 hasil kesilapan pertahanan Blackpool apabila menampan masuk bola hantaran daripada Smalling ke gawang sendiri.
Manchester United melengkapkan kemenangan bergaya dengan menyumbat satu lagi gol hasil daripada jaringan penyerang veteran England iaitu Michel Owen. Boleh dikatakan perlawanan terakhir ini amat menarik oleh kerana Blackpool berhempas pulas untuk mengelakkan mereka daripada tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan.
Tahniah juga buat penjaga gol Manchester United, Edwin Van Der Sar yang tidak akan beraksi lagi pada musim hadapan. Jasamu tetap dikenang sebagai penjaga gol terbaik yang pernah Machester United miliki. Apa-apa pun semoga pasukan Machester United dapat meneruskan rentak kejuaraan pada perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah kelak.
Glory Glory Man United! Glory Glory Man United! yay.......

KITAB CINTA promo 30 secs

Kitab Cinta TvAlHijrah Promo