semalaman tak leh tido nyenyak..walaupon ak tido awal konon dapat le rehat yang secukopnye..maklom le kije masok lewat huhu..alih-alih syik terjaga..puihhh~~ ni gara-gara berita sms biskut Munchy's la ni..ak baru beli 1 pek besar 2 ari lepas..aduhai...tak senang nak lelap mate malam tadi..so..sepantas kilat ak trus le rujuk Pakcik Gugel..nah!!! bace ni.. jangan sebar lagi berita palsu..oke...kalo was-was rujuk dulu bahagian berwajib..apa da'...
1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung sms yang menyatakan "JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak".
2. Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya.
3. Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013.
4. Justeru JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di www.halal.gov.my untuk pengesahan.
Sekian, terima kasih. kredit to Portal Rasmi Halal Malaysia
ha..the important is..jangan mudah sangat dengar khabar angin..cer selidik dulu atau rujuk badan-badan berkenaan..oke..hurm..buat cuak ak jek...haish...erm..baru le lega ati leh mamam biskut ni ngan tenang..alhamdulillah..
Nota Penting:tak baik menyebarkan fitnah ..apa kata korang???