BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

ini belog aku yang punye!! BEBELAN SI CANTIK SALLY.PLS LIKE ye

sila tiNggalKan jejak koraNg & follow aQ suPaya MudaH UntUk aQ FoLLow BloG koRAng yAW!!^^...aQ sI cANtIK SALLY!!THANK yOU!!!!! ^_^ then jangaN Lupe Kotak ShOuTbOx seBlaH kAnAn yEkkk...!!

rock GENGz

WELCoME To MY BLoG...aQ sI cANtIK SALLY!!THANK yOU!!!!! ^_^ SAYANG KORANG....JOM SINGGAH SELALU BERSAMA SENYUMAN YANG SPORTING..KOMEN2 LARH SEKEJAP..SEBAB KOMEN KORANG AMAT DIHARGAI..JOM PAKAT RAMAI2 LIKE ENTRY SALLY...PROMISE SALLY SINGGAH BELOG KORANG SELALU..MUAHHHH..THANKS..KORANG MEMANG SPORTING..ROCK..OKE THANKS FROM SI CANTIK SALLY..

JOM LIKE BLOG SALLY.. I LIKE BLOG U PULAK.SILA TINGGAL JEJAK DI KOTAK CBOX.THANKS

Memaparkan catatan dengan label pengetahuan umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengetahuan umum. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Ogos 2011

Isu murtad bongkar kepincangan agensi kebajikan, Baitulmal

salam ramadhan.. 
puasa ke korang? 
ak cukop tertarik ngan isu ini..hasil penulisan Yang Di Pertua Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh 
tentang isu murtad..Umat Islam patut buka mata pihak pesong akidah menerusi kerja amal kebajikan..


PEMBONGKARAN kes sekumpulan umat Islam yang terpaksa menerima perlindungan di sebuah gereja di Selangor kerana kesempitan hidup minggu lalu mengingatkan penulis kepada keputusan diambil pengurusan Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh Subang Jaya sekitar dua tahun lalu.

Pusat ini menerima lapan pesakit HIV Muslim yang sebelum itu bernaung dalam gereja di Petaling Jaya bagi menyelamatkan akidah mereka. Menurut pesakit, ada di kalangan mereka dibaptiskan ketika nazak dan dikuburkan sebagai Kristian. Kebanyakan pesakit sudah lama terputus hubungan dengan keluarga. Apabila mati, tiada waris menuntut. Seorang pesakit memberitahu, dia nekad keluar dari gereja itu selepas melihat rakannya meninggal dunia akibat tibi.


“Jenazahnya yang tidak dituntut keluarga diuruskan ikut cara Kristian, sedangkan dia Muslim. Memang banyak rumah perlindungan untuk pesakit HIV lelaki, tetapi semuanya diuruskan gereja Katolik, sedangkan ramai pesakit ialah Melayu-Islam. Saya percaya ramai lagi rakan sebangsa ingin keluar dari gereja itu, namun tiada tempat lain dituju” katanya yang berasal dari Kuala Selangor.

Berdasarkan maklumat, tempat perlindungan dikelola mubaligh dan aktivis Kristian tidak semestinya gereja. Banyak yang dipanggil rumah kebajikan masyarakat atau WCH (welfare community homes). Hari ini, dianggarkan 3,000 pesakit HIV lelaki Islam tinggal di gereja dan WCH sekitar Lembah Klang.

Bagaimanapun, ada pandangan bahawa Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan juga memberi hak kepada warga negara Malaysia yang cukup umur, iaitu 18 tahun memilih sendiri agamanya, termasuk menukar agama. Hujah ini diperkuat kes gadis Cina Kelantan, Suzie Teoh yang mengaku masuk Islam pada umur 16 tahun. Ibu bapanya memohon perintah mahkamah untuk mengisytihar tindakan anak mereka tidak sah. Dalam tangisan, Allahyarham Tun Salleh Abas yang mengadili kes itu mengesahkan Teoh kekal dalam agama asalnya. Namun, dua tahun kemudian, kes dibuka semula dan dalam tangisan, Teoh memberitahu mahkamah: “Saya Yang Arif, kekal dalam agama saya, saya masih dengan nama Nur Aini”.



Jadi, apakah kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan? Adakah ia berfungsi secara politik atau perundangan atau sekadar untuk acara rasmi saja? Beberapa peguam melahirkan keresahan kerana apabila berlaku pertembungan antara hukum syarak dan sivil, hukum syarak ‘kena’ beri laluan kerana Perkara 4 Perlembagaan menyebut mana-mana undang-undang yang bertentangan atau bercanggah dengan Perlembagaan adalah terbatal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syarak. 

Sekitar 1987, Jamaludin Othman yang menjadi Kristian dengan nama Jeshua, ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana memesongkan akidah ramai anak Melayu. Namun, dia dibebaskan mahkamah atas alasan kebebasan beragama, berdasarkan peruntukan Perlembagaan.

Sementara pakar undang-undang membincangkan hal ini, hakikatnya ramai orang Islam yang murtad. Rekod rasmi menunjukkan pada 1989 ialah 4,776 Islam murtad, manakala pada 1997 hingga 1998, bilangan orang Islam yang mohon menukar kepada agama Kristian ialah 3,516. Tidakkah ini menggerunkan?

Gerakan mengkristiankan orang Islam di Malaysia bermula sejak kedatangan Portugis dan Belanda ke Nusantara, kemudian dijalankan penjajah Inggeris sehingga kepada kumpulan mubaligh dan gereja Kristian hari ini. Gereja Merah di Melaka, kubu A Famosa dan tugu St Francis Xavier antara peninggalan sejarah kristianisasi di negara ini. Menurut Pusat Islam California, pendakwah Kristian menjadikan Malaysia sasaran mereka. ‘Window 10/40’ adalah singkatan kepada usaha mengkristiankan penduduk negara di antara garis lintang 10 dan 40 darjah di peta dunia.

Antara kes bersejarah ialah membabitkan Natrah, anak gadis Belanda beragama Islam yang dimurtadkan. Peristiwa yang berlaku enam dekad lalu menyebabkan orang Melayu-Islam merusuh satu negara. Kes lain dalam ingatan termasuk Lina Joy, Nor Aishah Bokhari yang kahwin lari dengan pemuda bukan Islam dan Hartina Kamaruddin, wanita Perak yang menukar nama kepada Nivasni Rajeswari.

Sebelum kecoh pasal penahanan kitab Injil dalam bahasa Melayu cetakan Indonesia baru-baru ini, timbul peristiwa sama pada 1997. Jabatan Agama Islam Johor dan Kementerian Dalam Negeri merampas 250 buku ajaran Kristian berbahasa Melayu, termasuk bertajuk Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenali Rasul. 

Di dalamnya ada kalimah ‘Allah’, ‘imam’ (untuk paderi), ‘nabi’, ‘malaikat’ dan istilah lain yang lazim kepada Muslimin. Sekali pandang, macam buku agama Islam. Ini adalah taktik, termasuk menggunakan nama penulis Melayu, misalnya buku Circumcised Heart karangan Hilmy Nor (Kairos Research Centre).

Dalam kes di DUMC, kitab Injil yang sama didapati diberikan kepada 12 orang Islam yang kononnya beriftar di situ. Ada gesaan daripada beberapa pihak agar polis siasat wujudnya kertas kuiz mengenai Islam ketika pemeriksaan JAIS. Antara soalannya bertanyakan maksud perkataan Islam, Muslim dan Quran. Juga ditanya malaikat yang menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad. Selain itu, ada juga nyanyian ‘Alhamdulillah’ dan ‘Allahuakbar’ pada majlis itu. DUMC dikatakan sering dikunjungi sehingga 100 ibu tunggal Muslim yang melarat.

Ada pihak membangkitkan apa salahnya orang Islam ke gereja seperti bukan Islam ke masjid. Ada juga menentang tindakan JAIS kerana berlawanan dengan semangat 1Malaysia, malah ada yang mahu Perlembagaan dipinda agar orang Islam juga bebas memilih agama.

Ketika perpaduan nasional dan keharmonian kaum menjadi matlamat negara, soal utama ialah kesucian dan kedaulatan Islam. Bagi Muslimin, ini adalah perkara wajib. Tidak ada kompromi kerana mendaulatkan kedudukan Islam adalah jihad. Penganut agama lain dan warga negara Malaysia harus memahami prinsip ini.

Satu lagi perkara berbangkit ialah keberkesanan kementerian dan agensi yang diwajibkan untuk membantu golongan yang miskin dan memerlukan. Apabila kes ini dibawa ke mahkamah kelak, pihak berwajib perlu mengkaji semula mekanisme dan kecekapan mereka menyalur bantuan agar tidak ada lagi orang Islam yang mengemis kepada gereja. Ini sangat memalukan. 

Jika dibaca Buku Jingga, sepatutnya tidak ada lagi ibu tunggal yang daif di Selangor tetapi kerana janji ditabur dan tidak dikota, orang Islam miskin negeri ini terpaksa merempat di gereja. Dilaporkan juga kementerian bertanggungjawab memperuntukkan RM1.2 bilion untuk membantu 450,000 orang , tapi yang pasti ia tidak dapat dinikmati ibu tunggal Muslimin yang ke gereja untuk mendapat makanan. Jika kita yakin zakat dan Baitulmal ialah sistem Islam terbaik bagi mengatasi kemiskinan dan mewujudkan keadilan sosial, kenapa ini tidak berlaku dalam masyarakat kita?
 kredit to -Berita Harian


Nota Penting : Jagalah akidah .. wallahualam. >_< tepok dada tanya iman.

Jumaat, 1 April 2011

Kanta LeKap & anda???^^!! Part 2.

hyeeee..
salam blogwalking^^!!
 agi kite ari ni sudah masuk bulan aPriL..yay!!^^tak pasal2 mate aQ dah bengkak um?ntah larh tak tahu mengape..smalam baru ja' kite bebel tang tOpik kanta lekap an..huh!!^^ tak masuk akal tol..ngeee..tapi sure ni bukan sebab kanta lekap aQ weee..sebab aQ tidow malam tadik syok membenam an mate cute aQ kat bantal busuk tuh..wwaaa'..T_T bantal nakal aQ wat hal..belOm pape dah kasi APRIL FOOL kat aQ..aiseh!!itu larh smalam sebok nak APRIL FOOL orang..amik kao SAlly..huahua...sedey!!
oke' jom kite sambung topik smalam yay!!walaupon mate aQ dah membengkak..kekekek.. ^_^dun wOrry makin surut larh...
kalau larh PINK ni ade lam pasaran Malaysia konfom aQ beli ..
...sila ConTiNuE..
ini kesan2 lalai pakai kanta lekap..zaSS^^!!

VasKuLarisAsi kOrNea
Vaskularisasi kornea adalah pembentukan pembuluh darah dalam jaringan avaskular (kornea). Biasanya disebabkan oleh kekurangan oksigen dek pemakaian kanta lekap yang terlampau ketat.
Gejala: Kurang penglihatan serta timbul pembuluh darah di kornea.
Rawatan: Kurangkan pemakaian kanta lekap atau menggantikannya dengan kanta lekap yang  beroksigen sepenuhnya.
di pasaran terdapat pelbagai jenis kanta lekap.

 GiAnT PaPiLLaRy  COnJuncTivitiS (GPC)
GPC adalah keradangan papilari pada kelopak atas mata. Penyebabnya masih belum diketahui hingga kini walau ada yang mengaitkannya dengan pemakaian kanta yang berpanjangan.
Gejala: Gatal-gatal, penglihatan berkurang, kanta lebih banyak bergerak-gerak, tidak boleh memakai kanta biasa dan kelopak mata membengkak.
Rawatan: Kurangkan pemakaian kanta atau berjumpa pakar mata dengan segera.
Justeru, mencegah dari timbulnya komplikasi akibat pemakaian kanta lekap adalah lebih baik daripada mengubati.
Setiap individu yang memakai kanta lekap berpotensi mengalami komplikasi-komplikasi yang disenaraikan sekiranya penjagaan kanta lekap dipandang remeh.
Oleh itu, kekerapan membersihkan kanta lekap serta jangka masa pemakaiannya sebagaimana yang disarankan perlulah dititik beratkan bagi mengelak sebarang kemungkinan.

sO..skang korang dah tahu an serba banyak tang kesan2 or risiko pemakaian kanta lekap..so,amalkan cara pemakaian yang betol..dan pembersih sikit.then jangan pasang niat nak cantik ja'..hehehe..
sekiranya tak brape tahu akan cara pemakaian elok larh korang bertanye dahulu pade yang pakar..weng2..slamat mencube..^^!!
ni cara nak pakai oke'..
p/s:aMaRan^^ jangan mudah terpedaya ngan produk kanta lekap yang di jual secara murah..cOz konfom
nak dekat EXpiRed..lorh..^^..

Khamis, 31 Mac 2011

Kanta LeKap & anda???^^!! Part 1.

salam blogwalking sume^^!!
arini nak share tang keburukan & kebaikan memakai kanta lekap^^!!
trend skarang memang tak sah kalau ade diantara korang yang suke pakai kanta lekap tanpa menitik beratkan soal penjagaan.termasuk aQ..aQ juge pemakai kanta lekap tegar coz aQ rabon..weng2..ewww!!^^tapi ade diantara member2 aQ syok pakai kanta lekap tanpa mengetahui cara2 yang betol..nak aQ share something jOm2..^_*


ini RisIkO dek lalai pakai kanta lekap tapi tak jaga :)
iritasI/gataL2
Risiko utama adalah iritasi or kegatalan. Iritasi disebabkan oleh jangkitan kuman dan boleh mengakibatkan kebutaan.  Oleh itu tangan harus dicuci bersih semasa memasang kanta lekap agar tiada bakteria  masuk sewaktu pemakaian kanta lekap.
Kebanyakkan jangkitan mata berpunca daripada perawatan dan pemeliharaan kanta lekap yang tidak sempurna. Ia juga berpunca daripada tempat penyimpanan kanta lekap yang tidak dibersihkan dan menjadi tempat pembiakkan bakteria. Pemakai kanta lekap perlu memastikan aspek kebersihan  mata,tangan dan tempat penyimpanannya benar-benar terjaga serta dicuci bersih semasa memasang kanta lekap agar tiada bakteria masuk sewaktu pemakaian.

PenGurangan oksigEn
Mata memerlukan oksigen.Semasa waktu tidur, kadar oksigen pada mata berkurangan sehingga 1/3 dari ketika mata dalam keadaan berjaga pada waktu siang.
Pemakaian kanta lekap pada waktu tidur boleh menyebabkan pengurangan oksigen yang ketara dan boleh mengakibatkan lapisan permukaan mata mudah mengalami pembengkakan terutama pada waktu pagi. Pemakai kanta lekap ditegaskan menanggalkan kanta lekap sebelum waktu  tidur.

Mata MeRaH
Kanta lekap boleh menyebabkan lapisan mata mudah tergores dan  teriritasi. Tanda awal ialah  mata menjadi merah.
  Pemakai kanta lekap disyorkan  menanggalkan kanta apabila mata nampak merah. Jika tidak mata berpotensi dijangkiti kuman. Jika kuman kebetulan dari jenis yang sangat berjangkit, permukaan selaput mata boleh bertukar putih dalam masa 24 jam.

KesaN2 TerUk^^!!
Superficial Punctate Keratitis (SPK)

Permukaan kornea mata menjadi rosak biasanya disebabkan oleh pemakaian kanta yang terlalu ketat sehingga menyebabkan mata kekurangan oksigen (hypoxia), alergi atau keracunan.
Gejala: Pemakai merasa tidak selesa, menjadi sangat sensitif pada cahaya (photophobia) dan hadirnya bintik-bintik di kornea mata.
Rawatan: Mengurangi atau menghentikan pemakaian kanta lekap.

Alahan
Radang atau iritasi terjadi kerana mata dimasuki bahan-bahan pembawa alahan seperti debu, serbuk atau makanan ke dalam mata.
Gejala: Rasa gatal, mata menjadi merah dan kelopak mata membengkak. Umumnya, alahan terjadi secara bermusim dan pemakai memang mempunyai sejarah alahan.
Rawatan: Hindari penyebab alahan. Hilangkan bengkak di mata dengan air dingin. Mengambil ubat  antiradang apabila terjadi keradangan dan alahan boleh diredakan dengan ubat alahan, antihistamines.

Sindrom Mata kering (Keratoconjunctivitis Sicca)

Timbulnya bintik (keratitis) kronik pada kornea bawah. Komplikasi ini disebabkan oleh perembesan air mata pemakai yang tidak mencukupi.
Gejala: Mata rasa seperti terbakar, air mata sering keluar dan cairan di mata berlebihan.
Rawatan: Suplemen air mata atau menggantikan kanta. Sekiranya tidak berhasil, hentikan pemakaiannya.

Korneal Edema
Cairan dalam kornea menjadi berlebihan sehingga menimbulkan stres pada kornea, biasanya disebabkan oleh mata kekurangan oksigen.
Gejala: Photophobia, penglihatan menjadi kelam, mata merah dan tidak selesa semasa kanta lekap ditanggalkan. Pembuluh darah kelihatan lebih jelas dan timbul superficial punctate keratitis.
Rawatan: Menambah oksigen pada mata. Kurangkan atau menghentikan pemakaian kanta lekap.



Infiltrates
Keradangan pada jaringan mata disebabkan oleh kanta lekap yang kurang bersih, oksigen yang kurang, tindak balas alahan hingga menimbulkan jangkitan.
Gejala: Biasanya, ia kelihatan seperti sekelompok sel berwarna putih. Penglihatan berkurang, mata merah, photophobia dan timbul bintik putih di mata.
Rawatan: Komplikasi ini diatasi dengan menghindari pemakaian kanta lekap, kerap menggantikan kanta lekap, mengambil antibiotik/steroid dan memberikan penekanan terhadap cara pembersihan kanta lekap.

Jangkitan

Jangkitan terjadi akibat penularan organisme berbahaya ke dalam mata seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus.
Gejala: Mata menjadi merah, kelopak mata melekap, air mata meleleh, kurang penglihatan dan bintik pada kornea.
Rawatan: Menjaram dengan air dingin, menggunakan air mata buatan, dan terapi antibiotik, jika perlu.

Microbial Keratitis
Microbial keratitis terjadi apabila organisme berbahaya seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus masuk ke dalam kornea mata hingga mengakibatkan pembengkakkan.
Gejala: Sakit pada mata, photophobia, air mata berlebihan, mata merah, dan penglihatan berkurang. Jika sudah parah, mata mengeluarkan nanah.
Rawatan: Terapi antibiotik, penggantian kanta lekap.


.....to be continue.




Khamis, 17 Mac 2011

HujaN asId.KesaN2nya...

salam ber-blogwalking tuk korang ..
wah!!^^suda lame aQ tak membebel an ..lam blog aQ yang sikit suram ni..
oke'..gengz..waktu2 petang yang suram ni..terfikir lak aq nak wat sato entry berkaitan  KESAN2  HUJAN ASID.sejauh mane korang tahu akan kesan2 hujan asid???meh aQ nak bebel sambil share sejauh mane yang aQ tahu...

kesan2 hujan asid..
1)kesihatan
  • tak mengira umor.tua ke muda lebih2 agi korang yang menghidap penyakit asthma adalah berisiko selain itu, boleh menyebabkan batuk,elergi dan selsema.
  • gas sulfur dioksida boleh menyebabkan sakit dada,tulang,batuk,sakit kerongkong,barah kolon dan barah payudara.
  • air yang terkumpul bersama air hujan asid (bercampur dengan plumbum,kadmium dan aluminium) bila diminumboleh menyebabkan cirit birit dikalangan kanak2,gangguan saraf dan membahayakan otak.
  • aluminium pula boleh menyebabkan penyakit lupe atau hilang ingatan (alzheimer)
2)tumbuhan dan tanah



  • kemusnahan hutan kerana terkena  hujan asid
  • pokok2 mati disebabkan oleh keadaan tanih yang kurang nutrien yang bertindak balas ngan asid.
3)hidupan air laut

  • air sungai dan lautan yang berasid boleh mengancam hidupan air seperti ikan,kerang2an dan udang.
  • bagi haiwan yang bergantung ngan hidupan air seperti ikan akan mati.
  • kesan kepada manusia pula, kandungan raksa yang tinggi didalam isi hidupan laut akan membahayakan kesihatan manusia.


4)bangunan atau kenderaan
  • boleh menyebabkan hakisan yang teruk terhadap bangunan ataupun kenderaan.
  • menyebabkan pengaratan terhadap barangan besi.