BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

ini belog aku yang punye!! BEBELAN SI CANTIK SALLY.PLS LIKE ye

sila tiNggalKan jejak koraNg & follow aQ suPaya MudaH UntUk aQ FoLLow BloG koRAng yAW!!^^...aQ sI cANtIK SALLY!!THANK yOU!!!!! ^_^ then jangaN Lupe Kotak ShOuTbOx seBlaH kAnAn yEkkk...!!

rock GENGz

WELCoME To MY BLoG...aQ sI cANtIK SALLY!!THANK yOU!!!!! ^_^ SAYANG KORANG....JOM SINGGAH SELALU BERSAMA SENYUMAN YANG SPORTING..KOMEN2 LARH SEKEJAP..SEBAB KOMEN KORANG AMAT DIHARGAI..JOM PAKAT RAMAI2 LIKE ENTRY SALLY...PROMISE SALLY SINGGAH BELOG KORANG SELALU..MUAHHHH..THANKS..KORANG MEMANG SPORTING..ROCK..OKE THANKS FROM SI CANTIK SALLY..

JOM LIKE BLOG SALLY.. I LIKE BLOG U PULAK.SILA TINGGAL JEJAK DI KOTAK CBOX.THANKS

Khamis, 31 Mac 2011

Kanta LeKap & anda???^^!! Part 1.

salam blogwalking sume^^!!
arini nak share tang keburukan & kebaikan memakai kanta lekap^^!!
trend skarang memang tak sah kalau ade diantara korang yang suke pakai kanta lekap tanpa menitik beratkan soal penjagaan.termasuk aQ..aQ juge pemakai kanta lekap tegar coz aQ rabon..weng2..ewww!!^^tapi ade diantara member2 aQ syok pakai kanta lekap tanpa mengetahui cara2 yang betol..nak aQ share something jOm2..^_*


ini RisIkO dek lalai pakai kanta lekap tapi tak jaga :)
iritasI/gataL2
Risiko utama adalah iritasi or kegatalan. Iritasi disebabkan oleh jangkitan kuman dan boleh mengakibatkan kebutaan.  Oleh itu tangan harus dicuci bersih semasa memasang kanta lekap agar tiada bakteria  masuk sewaktu pemakaian kanta lekap.
Kebanyakkan jangkitan mata berpunca daripada perawatan dan pemeliharaan kanta lekap yang tidak sempurna. Ia juga berpunca daripada tempat penyimpanan kanta lekap yang tidak dibersihkan dan menjadi tempat pembiakkan bakteria. Pemakai kanta lekap perlu memastikan aspek kebersihan  mata,tangan dan tempat penyimpanannya benar-benar terjaga serta dicuci bersih semasa memasang kanta lekap agar tiada bakteria masuk sewaktu pemakaian.

PenGurangan oksigEn
Mata memerlukan oksigen.Semasa waktu tidur, kadar oksigen pada mata berkurangan sehingga 1/3 dari ketika mata dalam keadaan berjaga pada waktu siang.
Pemakaian kanta lekap pada waktu tidur boleh menyebabkan pengurangan oksigen yang ketara dan boleh mengakibatkan lapisan permukaan mata mudah mengalami pembengkakan terutama pada waktu pagi. Pemakai kanta lekap ditegaskan menanggalkan kanta lekap sebelum waktu  tidur.

Mata MeRaH
Kanta lekap boleh menyebabkan lapisan mata mudah tergores dan  teriritasi. Tanda awal ialah  mata menjadi merah.
  Pemakai kanta lekap disyorkan  menanggalkan kanta apabila mata nampak merah. Jika tidak mata berpotensi dijangkiti kuman. Jika kuman kebetulan dari jenis yang sangat berjangkit, permukaan selaput mata boleh bertukar putih dalam masa 24 jam.

KesaN2 TerUk^^!!
Superficial Punctate Keratitis (SPK)

Permukaan kornea mata menjadi rosak biasanya disebabkan oleh pemakaian kanta yang terlalu ketat sehingga menyebabkan mata kekurangan oksigen (hypoxia), alergi atau keracunan.
GejalaPemakai merasa tidak selesa, menjadi sangat sensitif pada cahaya (photophobia) dan hadirnya bintik-bintik di kornea mata.
RawatanMengurangi atau menghentikan pemakaian kanta lekap.

Alahan
Radang atau iritasi terjadi kerana mata dimasuki bahan-bahan pembawa alahan seperti debu, serbuk atau makanan ke dalam mata.
GejalaRasa gatal, mata menjadi merah dan kelopak mata membengkak. Umumnya, alahan terjadi secara bermusim dan pemakai memang mempunyai sejarah alahan.
RawatanHindari penyebab alahan. Hilangkan bengkak di mata dengan air dingin. Mengambil ubat  antiradang apabila terjadi keradangan dan alahan boleh diredakan dengan ubat alahan, antihistamines.

Sindrom Mata kering (Keratoconjunctivitis Sicca)

Timbulnya bintik (keratitis) kronik pada kornea bawah. Komplikasi ini disebabkan oleh perembesan air mata pemakai yang tidak mencukupi.
Gejala: Mata rasa seperti terbakar, air mata sering keluar dan cairan di mata berlebihan.
Rawatan: Suplemen air mata atau menggantikan kanta. Sekiranya tidak berhasil, hentikan pemakaiannya.

Korneal Edema
Cairan dalam kornea menjadi berlebihan sehingga menimbulkan stres pada kornea, biasanya disebabkan oleh mata kekurangan oksigen.
Gejala: Photophobia, penglihatan menjadi kelam, mata merah dan tidak selesa semasa kanta lekap ditanggalkan. Pembuluh darah kelihatan lebih jelas dan timbul superficial punctate keratitis.
Rawatan: Menambah oksigen pada mata. Kurangkan atau menghentikan pemakaian kanta lekap.



Infiltrates
Keradangan pada jaringan mata disebabkan oleh kanta lekap yang kurang bersih, oksigen yang kurang, tindak balas alahan hingga menimbulkan jangkitan.
Gejala: Biasanya, ia kelihatan seperti sekelompok sel berwarna putih. Penglihatan berkurang, mata merah, photophobia dan timbul bintik putih di mata.
Rawatan: Komplikasi ini diatasi dengan menghindari pemakaian kanta lekap, kerap menggantikan kanta lekap, mengambil antibiotik/steroid dan memberikan penekanan terhadap cara pembersihan kanta lekap.

Jangkitan

Jangkitan terjadi akibat penularan organisme berbahaya ke dalam mata seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus.
Gejala: Mata menjadi merah, kelopak mata melekap, air mata meleleh, kurang penglihatan dan bintik pada kornea.
Rawatan: Menjaram dengan air dingin, menggunakan air mata buatan, dan terapi antibiotik, jika perlu.

Microbial Keratitis
Microbial keratitis terjadi apabila organisme berbahaya seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus masuk ke dalam kornea mata hingga mengakibatkan pembengkakkan.
Gejala: Sakit pada mata, photophobia, air mata berlebihan, mata merah, dan penglihatan berkurang. Jika sudah parah, mata mengeluarkan nanah.
Rawatan: Terapi antibiotik, penggantian kanta lekap.


.....to be continue.




LaRi dari rumah tapi kantOi..ape kes???

salam berblogwalking sume..
huahua..1st of all..aQ nak gelak cam setan dulu..hahahah'..
sebab ape?sebab ari ni tetibe dikejut an ngan brite sorang remaja bawah umor ni..yang terkantOi
gara2 konon nak lari dari rumah .. alkisahnye..
di suatu pagi..seperti bese kerja aQ di otel ni..masok kerja  seawal jam 9am..tapi bersiap gi kerja seawal 7.30am..ofkos tak cukop tidor..aQ yang ngah mamai2 ni..datang larh sorang customer..remaja kecil molek ni..
nak singgah mandi sat katenye..sorang ja'..
aQ pon sangka an dia ni ala..takat2 umor adik aQ lahir taon 92'..dek kerana mamai aQ ngan slumber 
melayang an jari kecil aQ sambil menulis dalam sekeping resit..tup2..aduh!!aQ terhenti disuatu nombor..aiseh!!
sambil memvavi an lam ati arghhh.."tulis ja'.." aQ memujuk ati aQ dalam keterpaksaan..xpe..dia sorang ja'..
tumpang mandi lak..so,..aQ biar kan saja'..minah tu..tetibe dia kuor masuk kuor masuk dok intai2 ape aQ malas nak amik port..arghh..terus dia berlalu kuor meninggal an otel ni..ckop time da menyusah an aQ tuk mengecek..mane pegi kunci room ni..ceh!aQ call dia..tup2 mak dia jawab aduhai..tersentak jap aQ ..bernada an pelik ..makin parah 
kedengaran mak dia bertanye sakan..terpakse aQ jawab pertanyaan ngan sopan..
rupenye ni kes lari dari umah majuk kate mak dia..hm..aQ cume mampu tuk menggeleng an pale aQ 
dan senyum simpul menyedap an ati makcik yang ngah kerisauan..sudahnye sampai larh mak bapak minah ni..berjam2 depa sume lepak sini..diorang cakap ni gara2 kenalan di FeZbuk..
ape2 ja' larh..suasana riuh seketika di perkarangan lobi ni..dek menunggu jawapan fon ntah si lelaki yang dilapor an terlibat lam kes lari tu..um..
lam ati bebisik cepat larh settle kes diorang ni..kalau da namenye bawah umur..untung larh si budak ni tak cerdik mane..heheh..terkantOi larh dia sedang nengok movie(gara2 maklumat dari rakan dia)..di pusat membeli belah depan nun..ja'..kuang2..nasib bahek..selesai kes diorang ni..kesian nengok mak bapak dia..anak tunggal tu..nasib bahek tak jauh kemane..ntah larh ape larh nasib si budak ni..biar larh mak dia settle cara bahek..kecil2 dah pandai lari dari umah siap tinggal diari lak tu lam bilik otel aQ..ceh!!siap ade modeS..beg skolah,selipar baru beli..geleng pale jap
almaklum budak mentah agi lak an..sian mak bapak dia..kesudahannye mak bapak dia mengucapkan terima kasih pade aQ..dek lau tak kerana aQ gatal call mintak kunci tu..tak larh terkantoi..kehkeh..kurang2 masalah diorang settle lau tak sampai ke subuh esok larh depa sume tercari2 anak kesayangan diorang ni..lagi parah..
hikhik..dapat pahala aQ ari ni..tapi bukan takat itu ja'..siap ade nickname baru tuk aQ..
"AmY"...haha' sedap name tuh.. ^_* ape2 ja' larh makcik..
p/s: pade adik2 kat luar sane jangan larh pendek akal sangat nak lari dari umah kalau ye pon majok ngan mak bapak..hal kecil settle la bahek2..ewww..kaka' dulu pon nakal tapi takde larh sampai nak lari dari umah..^_^

Selasa, 29 Mac 2011

jOm nengoK Movie "DALAM BOTOL"..akceli banyak sampai an mesej kalau nak tahu..

Dalam Botol poster ...DALAM BOTOL SYNOPSIS AND TRAILER


salam mud x bahek..nak bebel..
ni ha kalau2 ade larh sape2 antara korang yang minat creta fiLem Melayu kite..
aQ nak kasi warning dulu larh an..kalau agak2 korang x layan fiLem Melayu bahek x yah beli
tiket nengok creta filem ni..sebab nanti korang jugak yang x sudah2 membebel..or wat orang len spoil ja'
ilang mud or terganggu ja'..aQ ni bukan lah peminat fanatik sangat filem2 Melayu tapi atleast xde larh kuang ajar sangat nak mencela filem2 Tanah Air sendri..contohnye filem ni.."DaLam Botol"..ini kisah yang berdasar an kisah benar..sebagai pengajaran korang di luar sane dalam membuat sesuatu tindakan yang di luar batasan.yang akhirnye menjerumus an seseorang itu kepada penyesalan.dek taksub sangat akan insan yang disayanginye..hingga tersilap langkah.aduhai..ape yang aQ kesal an ade segelintir remaja kat luor sane x faham or x sampai mesej filem ni kat paleotak diorang ni..pastu sambil lewa ja' nak mengutuk filem Tanah Air sendri.
da terang2 ini kisah benar just amik iktibar suda..sape2 yang rase nak tengok movie ni bahek selidik dulu creta ni.xde larh korang rase duit korang membazir..huahua.. :)

SINOPSIS …DALAM BOTOL : Ruby atau nama sebenarnya Rubidin dan Ghaus merupakan pasangan bercinta sejenis. Kerana terlalu mencintai Ghaus, Rubidin sanggup berkorban mengubah identitinya kepada Ruby.Bukan calang-calang pengorbanan yang dilakukan Ruby, identiti dirinya diubah menerusi satu pembedahan jantina. Namun, perhitungan Ruby itu telah salah kerana Ghaus tidak dapat menerimanya dalam keadaan fizikal seperti seorang wanita sekali gus menyingkir kan Ruby dari hidupnya.Keadaan bertambah sulit apabila hormon lelaki dalam tubuh Ruby kembali menyerlah dan dia ingin kembali menjadi seorang lelaki. Malah Ruby mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang baik budi.Namun Ruby sedar jasadnya bukan lagi seperti seorang lelaki tulen kerana dia telah membuang alat sulitnya dan hidup bertuhankan  nafsu...
Dalam bOtoL....


p/s: aQ dah tengok filem ni..jalan creta memang slow tapi mesej tu ade..^^!!



Sabtu, 26 Mac 2011

Jom berCuti di Genting Highland^^..

salam blogWalking sume..
huahua..celik mate ja' tetibe terfikir nak gi 
Genting Highland 
lorh ..saje nak amik angin yay!!^^
walaupon masok ni ntah bape kali aQ ke sane..
yang mane x gi lagi jom kite cuci - cuci mate ape yang ade..

















setakat ni ja' pic2 yang ade..ewww^^ x sabo nak gi agi..dapat hilang an stress aQ ..
dapat join permainan yang mencabar gila..
wahahaha..
yang aQ x an lupe waktu nek space short^^
terhenti jantung aQ..gayat syialll..
uh?rase x sabo cam nak gerak
malam ni..ja'....^^ewww!!
bye..

Jumaat, 25 Mac 2011

pasangan BercInta Patot baCe!!!!!!^^terMasOk aQ..^_^

KenapE & MenGapE??perLu ke sume soalan tu?nah korang bace!!atikuuu sakit larh..smoga korang faham apE itu SEMPURNE @ TIDAK itu adalah PILIHAN..grrr...

"^^!!Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai, Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat, Itulah kesempatan. 
Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik, Itu bukan pilihan, itu kesempatan. 
Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan, Itupun adalah kesempatan.
Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, Bahkan dengan segala kekurangannya, Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan. 
Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi, Itu adalah pilihan. Bahkan ketika kita menyedari bahawa masih banyak orang lain yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu Dan tetap memilih untuk mencintainya, Itulah pilihan.
Perasaan cinta, simpati, tertarik, datang bagai kesempatan pada kita. Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan. 
Pilihan yang kita lakukan. Berbicara tentang pasangan jiwa, yang mungkin biasa kita lihat di dalam filem sangat tepat : "Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita bagaimana membuat semuanya berhasil" Pasangan jiwa  benar-benar ada. Dan bahkan  mungkin ada seseorang yang diciptakan hanya untukmu. Tetapi tetap pulang padamu untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak... Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita, Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita, Adalah pilihan yang harus kita lakukan. Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna"^^!!........kate2 dr 1 artikel bebas aQ tertarik sangat2.fahamkan bahek2..oke'..

~~SeLamaT MelayarI BahTerA CintA~~

p/s : smoge cinta antara Tunang aQ & aQ bahagia selamenye.amiN ^_^kerana ini suatu pilihan.. bahagia mencintai mU..babY.

Lady Gaga desak golongan muda Malaysia protes?

Salam blogwalking here ...korang suda bace statement si GaGa ni?ape cer larh minah ni .. so, korang sebagai rakyat Malaysia berhati2 ngan budaya2 x bahek yang boleh memesong an budaya kite..renung2 an larh oke'.. nak bersikap terbuka pon agak2 larh...




Lady Gaga desak golongan muda Malaysia protes?




KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Lady Gaga telah menggesa golongan muda Malaysia supaya memprotes terhadap penapisan ke atas lirik lagunya yang menggalak penerimaan gaya hidup homoseksual.
Agensi berita The Associated Press (AP) minggu lalu melaporkan bahawa stesen-stesen radio Malaysia menyiarkan lagunya, Born This Way, dalam versi yang sudah ditapis.Lirik berikut, No matter gay, straight or bi, lesbian, transgendered life, I'm on the right track, baby. (Tidak kira gaya hidup gay, biasa atau kehidupan dwiseksual, lesbian, bertukar jantina, saya berada di laluan betul, sayang), telah dipadamkan.Lady Gaga mengkritik penapisan itu semasa satu lawatan ke ibu pejabat syarikat Google Selasa lalu di Mountain View, California.'Apa yang saya mahu katakan ialah bagi semua golongan muda di Malaysia yang mahukan kata-kata itu diputarkan di radio, adalah tugas anda sebagai orang muda untuk menyuarakan pandangan anda,' kata bintang pop itu dalam satu wawancara yang disiarkan di laman YouTube.'Anda harus berbuat segala-galanya yang terdaya jika anda mahu membebaskan masyarakat anda. Anda harus menggesa, anda tidak seharusnya berhenti, anda harus protes secara aman,' tambahnya.Pihak penyiar berkata mereka bersikap waspada terhadap lagu Lady Gaga itu kerana kerajaan Malaysia melarang penyiaran kandungan cabul dan enggan berhadapan dengan risiko denda RM50,000 ($20,905) serta hukuman lain kerana melanggar peraturan itu. -- AP.





Rabu, 23 Mac 2011

KaKi sAiA cHantEK..nAk PetUa???

  1.  Rendam kaki korang selama 30 minit di dalam air suam yang bercampur sedikit garam biasa or garam mandian.
  2.  Pastu, lap tapak kaki perlahan-lahan menggunakan tuala kecil bagi menanggalkan sel-sel kulit mati dan kekotoran.
  3. Scrub kaki korang dengan produk penjagaan kaki yang bersepah2 di farmasi bagi membuang kepingan keras pada kaki.
  4. Pastu,  keringkan kaki dengan tuala bersih. Urut kaki dengan losen atau krim kaki.
  5. Pastikan urut sekitar tapak kaki,tumit, celahan jari dan sapukan losyen keseluruhan kaki.
  6.  Cara memotong kuku kaki yang betul ialah dengan memotongnya menjadi empat segi. jangan buang kutikel pada kuku bagi mengelakkan kemasukan bakteria.
  7. Gosokkan kuku kaki yang telah dirapikan dengan minyak zaitun agar lebih sihat dan berkilau.  
Jangan biarkan KaKi korang dah tak larat baru nak jaga

Selasa, 22 Mac 2011

cuti oh cuti^^...........nak rehaT_T

hye...
salam blogwalking sat...
ari ni aQ offday..yeh!!^^pagi celik mate ja' tetibe teringat yang arini akceli
aQ cuti larh..nasib aQ ade set lam henpon..law x sia2 ja' wet minyak aq mengalir..
dok umah rest secukop2 nye...yaWW^^!!..line tenet pon lemm..smacam..
ingat nak lepak Cc member aQ mokciX any..hujan pulak..yaWW^^ kao xde rezeki pulak nak rase kek cekelat dari secret recepi kalau x..nyum2..kembong pewot kao..mokcix..heheh..

nak kuor sat no mud tuk blogwalking..
T_T bohsannnnnnnnnNNN!!^^bila ade wet x tau lak nak beli ape..heheh..:p

Isnin, 21 Mac 2011

GeLOra jiWa ..........

salam blogwalking^^
sengaje nak share kisah member aQ sekadar luahan ati seblom mati..katanye tak sume tahu kisah sekeping ati yang sedang digeget2...aduh..sakit...jom layan kisah minah ni...sian tiap kali berkumandang lagu ni pasti nanis..

GeLOra jiWa by YunA
Cinta apakah tandanya

Jika engkau hanya mempermudah kata saja
Hati tak akan berguna
Jika sang asmara tidak merasa ke dalam jiwa


Rindu itulah tandanya

Aku kasihmu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Di dalam dadaku yang remaja


Gelora di dalam jiwaku

Bergetar merayukan sukma
Menyanyi lagu cinta hati
Tandaku nan membalas cintamu
Yang tidak mudah hilang dari kenanganku
Yang tidak mudah hilang dari kenanganku

"^^!!ape patot aQ wat ni???aQ tak bermaksud melukakan or nak sakiti 
atinye..nape?aQ ke yang tak betol>>>
sedey..ati aQ digeget-geget..di palu2..T_T nanis cenggini dia 
tak tahu..ni kate2 terakhir aQ..disaat aQ masih bernyawe
sesungguhnye cIntA aQ tak pernah berubah..bak kate ST12 
(gi larh layan video lagu ni best!!)" minah ni berkate agi...
sambungan agi.."cume waktu ni jiwe aQ serabot memikir an masalah di tempat kerja aQ yang cam NeraKa!!^^iM feeling alOne..T_T waaa!!tidakKKKKK!!^^pujok le aQ...sob..sob..sedang nanis..tak tipu....."



thE eND^^ 

aQ pemInat YuNa^^!! but aQ sangat tak setUju fesyEn ini!!!!!^^oh plsss..

yuna tudung
FeSYEN TERBArU YUNa??
"@_@..aQ pemInat YuNa^^!! but aQ sangat tak setUju fesyEn ini!!!!!^^oh plsss.."

salam blogwalking..
sori Yuna..nak wat camne aQ suke n fanatik gilak2 ngan kao..YUNA^^
tapi seandainye kao nak gaye an fesyen tudung ini aQ sangat tak setuju...walaupon aQ x pkai tudung..
ahaks...sebab..bukan aQ tak berfikiran terbuka..tapi lame2 kalau menjadi trend..
so..ape kejadahnye pkai tudung camni???menutup aurat or tutup urat????
plsss..aQ peminat fanatik kao..cukop larh gaye seblom ini..
memang dah cukop manis dan sesuweiii..Yuna...^^!!muahhhhxx!!


share: AKAd NikaH Di MasjId Hukumnya?

salam blogwalking..
celik mate ja' sebok nak tengok blog..aduh..
seblom tu aQ sempat on9 sat berfezbuk larh kite sekejap..heheh..
rindu sangat nak tengok ape jadik ngan FB wall post aQ yang dah lame aQ tak jengah..
tup2..tet!!^^ kuor pulak status post baru dari teman bahek aQ sape agi si syu^^gadis cHELsea..dok heboh tang berita lam KOSMO today lihat bERita ..
sekadar memberi pendapat ..^^!!
"Apabila Rasulullah ^^ pernah menikahkan seorang wanita yang datang ke masjid, maka di sini hukum akad nikah di masjid adalah harus, bukan sunat atau haram. Untuk masakini, saya lebih cenderung kepada sebaik-baiknya akad nikah diadakan di rumah perempuan, kerana lebih mendekati sunnah dan dapat mengelakkan pelanggaran adab yang berlaku di dalam masjid. Seringkali, apabila berlaku akad nikah di masjid, terdapat yang mendedah aurat, bergaul bebas, tidak solat tahiyatul masjid. Tidak kurang juga yang merokok, kemudian diiringi hilai tawa dan percakapan sia-sia dalam masjid. Sebaik diakad nikah, pasangan melakukan acara membatal wuduk di dalam masjid. Amat tidak manis apabila si suami mencium isteri di khalayak ramai...lebih2 lagi di dalam masjid. Jika di rumah kan bagus? Itu belum termasuk, sebaik di akad nikah, suami isteri terus bersalaman tidak kira mahram atau tidak, kerana orang-orang yang hadir ke majlis itu belum dikenali dan diketahui status hubungannya." wallahualam..

10 point tuk dia...^^!!
kalau dilihat memang banyak yg menyimpang...

1. aurat tidak dijaga
2. dtg masjid lupa amalan sunnah
3. berbual bukan kerana agama
4. lelaki-perempuan bercampur
5. barang hantaran keluar-masuk
6. makan-minum
7. solekan melampau
9. bergambar/posing tak mengira
10. banyak lagi yg kurang baik...

p/s: betol..betol..betol..(upin ipin version) heheh!!^^

Ahad, 20 Mac 2011

lagi berita LOJI fUKUSHimA......MIMPI NGERI NUKLEAR JEPUN^^

^^!!korang yang x sempat tengok berita or bace newspaper or sebab kehabisan..aQ nak share berita ni ngan korang..^^!!wajiB bace oke'..
 "Loji nuklear Fukushima Daiichi meletup selepas utara Pulau Honshu dilanda tsunami sekali gus mendedahkan penduduk Negara Matahari Terbit itu kepada radiasi yang dikhuatiri boleh mengancam nyawa.
Radiasi boleh ditemui secara semula jadi di persekitaran hidup manusia. Haba, cahaya dan ketuhar mikro semuanya menghasilkan radiasi tetapi tidak berbahaya kepada tubuh manusia.
Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (AS), kira-kira 80 peratus radiasi datang daripada sumber semula jadi manakala selebihnya daripada sumber buatan manusia terutama mesin sinaran X di hospital.
Semasa letupan nuklear, manusia terdedah kepada jumlah radiasi yang tinggi dalam tempoh yang singkat dan boleh menyebabkan sindrom radiasi akut.
Bagaimanapun, insiden di Fukushima dikatakan tidak memberi kesan langsung kepada penduduk Tokyo apatah lagi Malaysia yang terletak sejauh 6,000 kilometer dari Jepun.
KEROSAKAN teruk pada bangunan loji nuklear yang meletupkan reaktor akibat tsunami menjadi kebimbangan Jepun dan negara serantau
Ini diakui oleh Ketua Program Sains Nuklear, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Redzuwan Yahaya.
Redzuwan yang lebih suka menggunakan perkataan sinaran berbanding radiasi memberitahu, sinaran nuklear tersebut tidak mendatangkan kesan terhadap manusia seperti kebarangkalian mendapat kanser dan menyebabkan kematian.
Bagi rakyat di Jepun, sinaran tersebut tidak berbahaya kerana penyebarannya adalah kecil. Inikan pula kita yang berada jauh di Malaysia,” katanya kepada Jurnal.
Tahan 30 tahun
Menurutnya, sememangnya sinaran nuklear tersebut akan tersebar dan wujud di udara dalam tempoh masa yang lama tetapi ia tidak memberikan kesan. Sebagai contoh, bahan radioaktif paling berisiko daripada 250 bahan radioaktif lain seperti caesium dan strontium.
Dua bahan radioaktif ini dikatakan jika tersebar di ruang udara mampu bertahan selama 30 tahun.
Namun di Jepun, kesan sinaran nuklear yang tersebar hanya diibaratkan seperti rakyatnya menjalani satu rawatan sinaran X. Itu pun jika mereka duduk di luar sepanjang hari untuk beberapa hari tanpa perlindungan.
Bagaimanapun, Redzuwan yang berpengalaman selama hampir 20 tahun mengajar dalam bidang sains nuklear juga tidak menolak sinaran nuklear pada paras tertentu boleh membahayakan kesihatan dan nyawa manusia.
Antara yang mungkin terjadi, jika kesan sinaran berukuran 100 rems, ia akan merosakkan sistem peredaran darah dan menyebabkan sel limposit dalam darah berkurangan.
Pendedahan kepada sinaran berukuran 200 rems pula akan mengakibatkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang menyebabkan mual, muntah-muntah dan cirit birit,” katanya.
Mandul
Pada kekuatan ini juga ia boleh menjejaskan sistem peranakan wanita.
Ujarnya, sinaran nuklear yang berukuran 1,000 rems pula akan mengakibatkan kerosakan pada pembuluh darah.
Bagi mereka yang terdedah secara langsung terhadap sinaran berukuran lebih 5,000 rems pula akan menyebabkan sel otak rosak. Lebih teruk lagi, ia boleh menyebabkan perubahan pada asid deoksiribonukleik (DNA) sehingga menyebabkan kematian.
Ulasnya, disebabkan itu pekerja yang bekerja di kawasan teknologi nuklear untuk tempoh masa yang lama akan dipindahkan ke bahagian dalam pejabat bertujuan untuk menghilangkan atau mengurangkan kesan sinaran yang mungkin terkena semasa bekerja.
Redzuwan juga menolak kemungkinan kesan sinaran di Jepun akan meningkat dan menyamai kesan sinaran akibat letupan kuat loji nuklear Chernobyl di Ukraine pada 26 April 1986.
Tragedi Chernobyl menyebabkan 32 orang terbunuh akibat kesan langsung keracunan radiasi sementara 8,000 yang lain mengalami kesan pencemaran radioaktif akibat bahan radioaktif tersebar ke udara sehingga ke barat Eropah.
“Kebiasaannya kesan radioaktif hanya berlaku di kawasan lingkungan yang terlibat malah kesan tersebut tidak akan mencecah tahap yang lebih tinggi kerana Jepun telah pun melakukan tindakan bagi menyejukkan loji jana kuasa nuklear yang lebur dengan mencurahkan air laut ke dalam loji dengan menggunakan helikopter,” katanya.
Menerangkan lebih lanjut mengenai loji nuklear tersebut, Redzuwan memberitahu, apabila loji nuklear tersebut lebur ia akan mengeluarkan tiga jenis bahan radioaktif ke udara iaitu caesium, iodin dan strontium.
Ulasnya, selepas seminggu letupan itu berlaku, loji nuklear tersebut masih panas ibarat seperti memasak 620,000 biji telur dalam masa tiga minit sekali gus menyebabkan penyebaran sinaran nuklear. Namun begitu, Jepun sedang bertungkus-lumus berusaha untuk menyejukkan loji nuklear tersebut." dipetik dari KOSMO.

Jumaat, 18 Mac 2011

5 aLaSaN MeMbuaT sI BloggER fRust...

salam ber-blogwalking korang..
ari ni aQ nak share something berdasar an pengalaman member2 aQ slame ber-blog..
akceli dunia blogging bagi aQ or kitorang hanyalah tuk sekadar menguji hasil penulisan 
yang di luah or diterjemah an from otak kitorang 
bukan sengaja nak publisiti murahan or mengejar glemer smata2 dek kerana 
kunjungan or peminat blogger..heheh..dan pade aQ itu sume tak penting 
yang penting kepuasan aQ lam menterjemah an hasil perahan otak or hasil pendapat aQ ja'
akceli bukan larh nak cakap syok sendri sambil berblog..heheh..
just nak mengisi mase terluang je kot..
sebab dah aQ memang dah xde kerja hahah'..
sedia maklum kerja aQ pon mengadap pC 10jam..so,
daripade aQ dok 10jam tanpe berbuat ape2 aQ layan an ja' pC buruk ni..
sambil meng-update entry yang ntah ape2 ntah..
tu dia!!^^heheh.. tanpe membebel panjang
akceli.. 
\m/
!!^^aQ nak bagi 5 alasan buat si blogger fRust..^^!!

1) bila si Blogger xde idea nak buat entry...
resah macam kucing nak beranak..heheh..sian aQ tengok..
2) bila  si Blogger dah penat2 update entry xde sape pulak bagi komen
ha'..aQ larh dok dengar dia mengomen sorang2 blog x bagus larh x dapat sambutan larh..
(last2 aQ jawab "der,kite wat blog just nak share suke2 ja' x payah serius sangat ..")
3) bila si Blogger berperang ngan mase
ha'..sebab mase sentiase bergerak tanpe menunggu korang tuk menyiap an entry korang
mane taknye kot2 korang update seiring waktu kerja..
parah larh korang x cukop mase or tangan nak menaip 
silap ari bulan kerja pon x siap
4) bila si Blogger hilang mood disebab an line tenet slow
yaw!!^^ofkos ar..selalu aQ dengar keluhan ni..
nasib ar line tenet aQ lajuuuu..hehehe..
5) bila si blogger dikecam dek kerana entry yang mengarot
yang ni memang cukop parah ..yaw!!^^x semudah kite nak puas an ati sume pihak nak2 blogger otai..
tapi just x perlu amik berat sangat kot 'tang kecaman dari si blogger Otai larh..

heheh..so,senang ceta jadi larh seperti aQ menulis entry blog just sebagai luahan ati or 
luahan pendapat yang berdasar an ape yang kite mampu ...
soal penerimaan terpulang larh kerana kalau aQ larh
ber-blogwalking just nak cari kepuasan ati..
nak2 jiwe aQ yang rock memang x amik port akan isu tiade komen or blog x bagus
yang penting keikhlasan si pengunjung datang mengunjung sambil bace 
serbe sedikit pon jadi ar...atleast ade jugak daripade xde
hakhak!!^^

p/s: aQ bukan si blogger tamak, mengejar glemer or komen menggunung...^_^
x perlu frust sangat kot?????^^!!



Khamis, 17 Mac 2011

hati aQ di plaster agi!!^^


Hai..salam petang sume gengz...
mase tuk membebel...kali ni aQ nak share tang prasaan aQ..uh?
korang tengok pic kat atas tu..konpom faham an..
camni ar kalau ari2 dok makan ati..ibarat atiku diplaster agi!!^^xde sape nak mengerti..
melainkan lau korang berada di tempat aQ or situasi aQ.
mane xnye beb..suda ar "D' n M'" dok pilih kaseh.. 
skang .. si M.H.J tu wat hal lagi..suda nye mane nak ngadu lau 
xde sape nak faham prasaan aQ..waaaa'!!^^ T_T elak blah ja' dari neraka ni!!^^
aQ bukan kemaruk pon nak bekampong kat sini..alamak!!^^
just aQ pikir aQ malas nak amik port ja' akan hal ni..coz lom kacO idOp aQ agi..(dulu skali suda ku maki..skang lom tercetOs agi heheh)
tapi aQ sian an dak' sorang ni.. memang nampak sangat ar di anak tiri an oleh sape agi.. x perlu ku heboh..muak aQ pikir sume ni..tapi ini suda melampau larh...
dengar creta cam mao kene pulau sent tempat len..tapi bukan kah itu 
adalah suatu yang bahek tuk dia..xde larh kao nak duduk kat neraka yang punya 
anak setan kecik ni an..aQ pon akceli x  bape agree, but u have to remove urself..
seblom kao pulak yang kene remove..biar larh an lau itu dah kate putus from ur D'!!^^
uh!!^^damn it!!ilang sorang kot my best partner yang punye dedikasi bagus..ceh!!
puji2 lak..tui..oke' ar daripade anak setan an..si M.H.J tu..
it's oke' Tuhan masih memberi peluang pade M.H.J larh an..sepandai2 tupai melompat sok luse jatuh ar tereksiden ke sape tahu an???!!^^ewwww...mase tu ar aQ rase 'D n M' akan sdar kot..yang slame ni bela M.H.J!!^^tui....
smalam berlaku perang mulot agi..(aduh!!^^rugi aQ xde lau x akan aQ fire sume yang terbuku lam ati!!) kahkah!!^^
kadang2 aQ rase nak gelak guling2 pon ade..hakhak!!mane xnye akceli
D' n M' suda tahu who's wrOng who's false!!^^ kehkeh..
geli ketiak aQ...awwww!!ntah larh wait n see ja'..
aQ pon akceli panas ati dengar gossip2 sume ni..
but the important is bak kate my Bro. cool J'.."beb,elak kao jage dapor kao sendri dr kao jage dapor orang len...nanti parah idop kao..."kate cool J'
aQ hanye senyum mengejek.."yO larh cool J'..."(lam ati uh!!damn!!!^^)..sambil mate aQ menjeling ja'...huh!!^^ati aQ kene plaster agi..awwww!!!ku bebisik sorang2...sakit x tetahan..vavi!!syiallll....
ati bedoa "ya Allah,smoga mdapat balasan pade mereka yang membuat onar..mahupon menfitnah..amin"  ^^!!~~