BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

ini belog aku yang punye!! BEBELAN SI CANTIK SALLY.PLS LIKE ye

sila tiNggalKan jejak koraNg & follow aQ suPaya MudaH UntUk aQ FoLLow BloG koRAng yAW!!^^...aQ sI cANtIK SALLY!!THANK yOU!!!!! ^_^ then jangaN Lupe Kotak ShOuTbOx seBlaH kAnAn yEkkk...!!

rock GENGz

WELCoME To MY BLoG...aQ sI cANtIK SALLY!!THANK yOU!!!!! ^_^ SAYANG KORANG....JOM SINGGAH SELALU BERSAMA SENYUMAN YANG SPORTING..KOMEN2 LARH SEKEJAP..SEBAB KOMEN KORANG AMAT DIHARGAI..JOM PAKAT RAMAI2 LIKE ENTRY SALLY...PROMISE SALLY SINGGAH BELOG KORANG SELALU..MUAHHHH..THANKS..KORANG MEMANG SPORTING..ROCK..OKE THANKS FROM SI CANTIK SALLY..

JOM LIKE BLOG SALLY.. I LIKE BLOG U PULAK.SILA TINGGAL JEJAK DI KOTAK CBOX.THANKS

Khamis, 31 Mac 2011

Kanta LeKap & anda???^^!! Part 1.

salam blogwalking sume^^!!
arini nak share tang keburukan & kebaikan memakai kanta lekap^^!!
trend skarang memang tak sah kalau ade diantara korang yang suke pakai kanta lekap tanpa menitik beratkan soal penjagaan.termasuk aQ..aQ juge pemakai kanta lekap tegar coz aQ rabon..weng2..ewww!!^^tapi ade diantara member2 aQ syok pakai kanta lekap tanpa mengetahui cara2 yang betol..nak aQ share something jOm2..^_*


ini RisIkO dek lalai pakai kanta lekap tapi tak jaga :)
iritasI/gataL2
Risiko utama adalah iritasi or kegatalan. Iritasi disebabkan oleh jangkitan kuman dan boleh mengakibatkan kebutaan.  Oleh itu tangan harus dicuci bersih semasa memasang kanta lekap agar tiada bakteria  masuk sewaktu pemakaian kanta lekap.
Kebanyakkan jangkitan mata berpunca daripada perawatan dan pemeliharaan kanta lekap yang tidak sempurna. Ia juga berpunca daripada tempat penyimpanan kanta lekap yang tidak dibersihkan dan menjadi tempat pembiakkan bakteria. Pemakai kanta lekap perlu memastikan aspek kebersihan  mata,tangan dan tempat penyimpanannya benar-benar terjaga serta dicuci bersih semasa memasang kanta lekap agar tiada bakteria masuk sewaktu pemakaian.

PenGurangan oksigEn
Mata memerlukan oksigen.Semasa waktu tidur, kadar oksigen pada mata berkurangan sehingga 1/3 dari ketika mata dalam keadaan berjaga pada waktu siang.
Pemakaian kanta lekap pada waktu tidur boleh menyebabkan pengurangan oksigen yang ketara dan boleh mengakibatkan lapisan permukaan mata mudah mengalami pembengkakan terutama pada waktu pagi. Pemakai kanta lekap ditegaskan menanggalkan kanta lekap sebelum waktu  tidur.

Mata MeRaH
Kanta lekap boleh menyebabkan lapisan mata mudah tergores dan  teriritasi. Tanda awal ialah  mata menjadi merah.
  Pemakai kanta lekap disyorkan  menanggalkan kanta apabila mata nampak merah. Jika tidak mata berpotensi dijangkiti kuman. Jika kuman kebetulan dari jenis yang sangat berjangkit, permukaan selaput mata boleh bertukar putih dalam masa 24 jam.

KesaN2 TerUk^^!!
Superficial Punctate Keratitis (SPK)

Permukaan kornea mata menjadi rosak biasanya disebabkan oleh pemakaian kanta yang terlalu ketat sehingga menyebabkan mata kekurangan oksigen (hypoxia), alergi atau keracunan.
GejalaPemakai merasa tidak selesa, menjadi sangat sensitif pada cahaya (photophobia) dan hadirnya bintik-bintik di kornea mata.
RawatanMengurangi atau menghentikan pemakaian kanta lekap.

Alahan
Radang atau iritasi terjadi kerana mata dimasuki bahan-bahan pembawa alahan seperti debu, serbuk atau makanan ke dalam mata.
GejalaRasa gatal, mata menjadi merah dan kelopak mata membengkak. Umumnya, alahan terjadi secara bermusim dan pemakai memang mempunyai sejarah alahan.
RawatanHindari penyebab alahan. Hilangkan bengkak di mata dengan air dingin. Mengambil ubat  antiradang apabila terjadi keradangan dan alahan boleh diredakan dengan ubat alahan, antihistamines.

Sindrom Mata kering (Keratoconjunctivitis Sicca)

Timbulnya bintik (keratitis) kronik pada kornea bawah. Komplikasi ini disebabkan oleh perembesan air mata pemakai yang tidak mencukupi.
Gejala: Mata rasa seperti terbakar, air mata sering keluar dan cairan di mata berlebihan.
Rawatan: Suplemen air mata atau menggantikan kanta. Sekiranya tidak berhasil, hentikan pemakaiannya.

Korneal Edema
Cairan dalam kornea menjadi berlebihan sehingga menimbulkan stres pada kornea, biasanya disebabkan oleh mata kekurangan oksigen.
Gejala: Photophobia, penglihatan menjadi kelam, mata merah dan tidak selesa semasa kanta lekap ditanggalkan. Pembuluh darah kelihatan lebih jelas dan timbul superficial punctate keratitis.
Rawatan: Menambah oksigen pada mata. Kurangkan atau menghentikan pemakaian kanta lekap.



Infiltrates
Keradangan pada jaringan mata disebabkan oleh kanta lekap yang kurang bersih, oksigen yang kurang, tindak balas alahan hingga menimbulkan jangkitan.
Gejala: Biasanya, ia kelihatan seperti sekelompok sel berwarna putih. Penglihatan berkurang, mata merah, photophobia dan timbul bintik putih di mata.
Rawatan: Komplikasi ini diatasi dengan menghindari pemakaian kanta lekap, kerap menggantikan kanta lekap, mengambil antibiotik/steroid dan memberikan penekanan terhadap cara pembersihan kanta lekap.

Jangkitan

Jangkitan terjadi akibat penularan organisme berbahaya ke dalam mata seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus.
Gejala: Mata menjadi merah, kelopak mata melekap, air mata meleleh, kurang penglihatan dan bintik pada kornea.
Rawatan: Menjaram dengan air dingin, menggunakan air mata buatan, dan terapi antibiotik, jika perlu.

Microbial Keratitis
Microbial keratitis terjadi apabila organisme berbahaya seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus masuk ke dalam kornea mata hingga mengakibatkan pembengkakkan.
Gejala: Sakit pada mata, photophobia, air mata berlebihan, mata merah, dan penglihatan berkurang. Jika sudah parah, mata mengeluarkan nanah.
Rawatan: Terapi antibiotik, penggantian kanta lekap.


.....to be continue.




0 orang sokong Sally: