Rosyam Nor memang keberatan membenarkan pihak media merakam wajah keluarganya. Lebih-lebih lagi wajah isterinya, Runika Mohd. Yusuf. Bukan tak ada yang minta, tapi Rosyam memberi seribu alasan.
Pihak media menghormati pendirian Rosyam yang tidak mahu mendedahkan dan mempopularkan keluarganya walaupun anaknya kini turut mengikut jejak menjadi pelakon.
Rosyam tak pernah bersama isteri ketika menghadiri majlis glamor serta acara hiburan. Sorok isteri kata orang. Yalah isterinya pun cantik macam artis juga.Petua Rosyam nampaknya menjadi kerana rumah tangganya rukun dan tidak ada cerita kurang enak didengar pasal rumah tangganya. Mangga Muda doakan agar kekal sebegitu selama-lamanya.
Tapi akhirnya wajah Rosyam dan isteri menjadi paparan di Internet. Gambar ini agaknya dirakam pada musim Hari Raya Aidilfitri lalu sebab Rosyam dan isteri serta orang yang bergambar bersamanya juga mengenakan baju raya.
Agaknya gambar Rosyam dan isteri dirakam oleh tetamu yang datang ke rumahnya ataupun rakaman semasa Rosyam mengunjungi rumah kenalan atau keluarganya.
p/s: dah lama jugak ak dok tercari artikel ni..aha ' tumpang share sebab minat abang ROSYAM NOR..kredit to manggaonline thanks~~
0 orang sokong Sally:
Catat Ulasan