cowie erk..awal ashaari takde kena mengena .sekadar pic cuci mata ja' |
Ofkos sangat2 huduh..perkara yang patot dielak oleh hampir semua lelaki. coz lelaki menganggap, andai menitiskan air mata, segala sifat macho dan gagah akan hilang. kebanyakan lelaki, diorang akan berusaha untuk tak menangis di khalayak lebih2 lagi depan wanita.
Apa yang patot korang buat as LELAKI?
Tak salah pon menangis dan sudah menjadi lumrah manusia untuk berasa sedih hingga menitiskan air mata. nangislah andai perasaan sedih sudah tak dapat dikawal lagi.
Mungkin dengan menangis, akan terpancar perasaan kasihan dan selain menunjukkan sisi berbeza diri korang sebagai seorang yang sensitif. Wanita cukup terusik andai lelaki menunjukkan rasa belas dan sensitif selain sifat macho dan gentleman. Tak semestinya menangis itu suatu perbuatan memalukan, ia boleh menjadi salah satu keistimewaan lelaki.
Semasa kecil, jika korang terjatuh, pasti ramai yang membantu dan memujuk jika menangis akibat kesakitan. Apabila usia sudah menginjak dewasa, ramai lelaki malu jika terjatuh atau tersadung di hadapan orang ramai.
Bagi lelaki, setiap langkah akan diatur kemas. Lelaki sentiasa memastikan tidak tersalah langkah atau terpijak sesuatu hingga terjatuh. Lebih-lebih lagi jika sedang berjalan berdua-duaan dengan kekasih hati.
Apa yang patot korang buat as LELAKI?
Jika terjatuh, cool dan biarkan saja. Cepat cari alasan kenapa korang terjatuh seperti terpijak tali kasut yang terbuka ikatannya atau lantai tidak rata. Jangan panik dan malu, berlagaklah seperti tidak ada apa-apa yang berlaku dan cool, okay?Hahaha...
Jika tak cukup duit pada tengah bulan, mungkin biasa dan bukanlah satu perkara yang menghairankan. Tetapi sungguh memalukan andai selepas menjamu selera bersama kekasih dan ketika mahu membayar, korang tak mempunyai wang yang cukup.sadis!!
Sudah tentu ketika itu dunia akan menjadi gelap seketika, nak2 pula sebelum keluar, ada yang beria-ia nak belanja makan.
Apa yang patot korang buat as LELAKI?
Bersikap jujur dan beritahu pasangan korang situasi sebenar. Dalam perhubungan, tak semestinya lelaki yang harus berbelanja setiap kali keluar bersama. Harus ada tolak ansur dan berjanji korang akan mengeluarkan belanja pada pertemuan berikutnya.
Korang dalam perjalanan bersama pasangan atau majikan dan tiba-tiba di tengah perjalanan, kenderaan yang dinaiki rosak. Teruk korang kena kutuk sebab tak memeriksa kenderaan dengan sebetulnya.
Apa yang patot korang buat as LELAKI?
Jangan cepat melenting kerana ini akan memburukkan lagi keadaan. Ambil pendekatan dengan menelefon trak tunda secepat mungkin dan katakan dengan jujur mengenai keadaan kenderaan korang.
Wanita yang korang suka telah menghina korang dan menolak cinta korang Begitu juga dengan majikan korang yang memarahi dan menghina di depan rakan sekerja yang lain. Sudah tentu korang akan malu dan ingin memarahi mereka semula.
Apa yang patot korang buat as LELAKI?
Lelaki tidak boleh menerima jika mereka dihina lebih-lebih lagi di hadapan khalayak. Jangan cepat melenting dan marah, banyakkan bersabar dan fikir semula kenapa korang dihina.
Lelaki yang bersikap sopan dan penuh kesabaran adalah lelaki yang dipandang tinggi oleh semua. Jika ada kesempatan bersemuka dengan mereka yang menghina korang, katakan dengan lembut dan bincang apa yang perlu dilakukan bagi membersihkan nama korang.
Pantang bagi seorang lelaki dikalahkan dalam apa juga perkara terutama pihak yang menang itu adalah wanita. Sudah tentu perasaan korang ketika itu penuh dengan malu, tidak puas hati dan dendam.
Apa yang patot korang buat as LELAKI?
Sentiasa percaya kepada takdir dan tidak semestinya korang akan selalu berada di atas. Ada ketikanya korang akan berada di bawah dan jika korang tewas, ucapkan tahniah kepada lawan korang Terima kekalahan dengan hati terbuka dan anggap ini semua cabaran dalam kehidupan.
Lelaki juga penuh dengan rahsia yang tersembunyi dan tidak diketahui oleh orang lain. Jika rahsia mengenai mereka terbongkar, sudah tentu ini akan memalukan mereka. Bayangkan jika tabiat korang semasa tidur bertemankan bantal busuk sedari kecil diketahui oleh rakan-rakan anda. Sudah tentu ia akan membuatkan korang malu seketika bukan.
Apa yang patot korang buat as LELAKI?
Terangkan secara psikologi kenapa korang tidak boleh tidur tanpa memeluk bantal busuk korang. Tunjukkan korang mempunyai jawapan akademik yang akan mematahkan setiap tutur kata mereka. Katakan juga, korang sedang berusaha untuk mengubah cara hidup korang ini.
Lelaki tidak ramai yang mempunyai rutin hidup terancang lebih-lebih menyimpan rekod mengenai perkara penting seperti tarikh lesen memandu tamat, jauh sekali hari jadi atau hari istimewa yang sepatutnya diraikan. Akibatnya, lelaki sering terlepas hari istimewa seperti hari jadi atau sambutan ulang tahun perkahwinan hingga ia kadang kala melukakan hati si dia atau isteri.
Apa yang patot korang buat as LELAKI?
Mulalah menyusun kembali rutin hidup. Dalam kecanggihan dunia teknologi sekarang, banyak gajet yang boleh dimiliki lelaki untuk menyimpan rekod secara sistematik di mana ia boleh mengingatkan kita apabila tiba detiknya.
Maaf, mungkin tidak diterima, tetapi inilah kenyataannya. Lelaki pendek selalu berasa dirinya memiliki kekurangan sedangkan sebenarnya tidak. Wanita tidak semuanya memilih lelaki tinggi lampai untuk dijadikan teman. Andai memiliki ciri-ciri fizikal idaman sekalipun, namun pakej diri tidak sempurna, korang tetap akan dijauhi, okay?
Apa yang patot korang buat as LELAKI?
Tonjolkan identiti korang yang sebenar dan sentiasa berfikiran positif. Ya, mungkin korang tidak memiliki ketinggian ideal, tetapi korang ada personaliti dan peribadi yang memikat. Jangan lupa, wanita sukakan sesuatu yang cute dan comel. Korang mungkin pilihan mereka!
Jerawat paling ditakuti terutama lelaki yang meningkat usia remaja. Bimbang ½ saham ½ turun atau tidak menarik, kebanyakan lelaki yang sensitif dengan paras rupa bimbang wajah ditumbuhi jerawat. Apatah lagi yang sedang berusaha mencari pasangan, sebiji jerawat yang tumbuh saja sudah cukup mengganggu emosi.
Apa yang patot korang buat as LELAKI?
Mudah sahaja.Korang pandai2 jaga kebersihan muka korang.Banyak produk kecantikan di pasaran.Tak semestinya wanita sahaja yang perlu rajin jaga keserian wajah kan?Korang lelaki apa kurangnya.Hahaha..rajin pokok pangkalnya jika ingin kelihatan gojes .
Ermmm..tadi aku kata bukan 10 kan???haha,...aku rase next time saja larh oke..aku dah kesuntukan masa nak mengarang entry aku this week.Banyak kerja..tunggu oke.Chiowwww!!!!^^
Apa yang patot korang buat as LELAKI?
Mudah sahaja.Korang pandai2 jaga kebersihan muka korang.Banyak produk kecantikan di pasaran.Tak semestinya wanita sahaja yang perlu rajin jaga keserian wajah kan?Korang lelaki apa kurangnya.Hahaha..rajin pokok pangkalnya jika ingin kelihatan gojes .
Ermmm..tadi aku kata bukan 10 kan???haha,...aku rase next time saja larh oke..aku dah kesuntukan masa nak mengarang entry aku this week.Banyak kerja..tunggu oke.Chiowwww!!!!^^
0 orang sokong Sally:
Catat Ulasan